Friday, November 4, 2011

Apa itu syukur?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di blog ini..Alhamdulillah syukur kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan menumpang di bumi Illahi ini..Bertambah besar rahmatNya kerana hari ini ialah hari Jumaat dimana Allah membuka seluas-luas pintu langit untuk menerima doa kita dan insyaAllah dimakbulkan..Selawat dan salam buat junjungan Muhammad SAW serta para sahabat baginda..


Sukar tak nak melafazkan syukur?Rasanya setiap daripada kita mesti selalu cakap, "Alhamdulillah..syukur"..kan? tapi pernah tak kita terfikir apa itu maksud syukur?Kepada siapa harus diucapkan syukur dan macam mana nak menzahirkan maksud syukur?Pernah tak?Jom kita sama-sama kupas tajuk ini sebagai satu pengisian di petang Jumaat ini.. :)


Sebelum itu aku nak bagitau la kenapa tiba-tiba je aku nak post tajuk syukur ni..Pertamanya sebab aku rasa terlalu kerap perkataan syukur tu meniti dibibir mulut ni tapi sampaikah maksud syukur yang sebenarnya dan mula la aku terfikir adakah aku ni insan yang bersyukur atas semua nikmat pemberianNya..Keduanya,hari tu aku pernah la bincang ngan umi pasal tajuk ni..setelah dengar hujah umi dan baca tentang tajuk ni dalam sebuah majalah,aku rasa ada baiknya aku kongsikan ngan pembaca kat blog ni..


Syukur ertinya menggunakan sesuatu nikmat, sesuai dengan kehendak pemberian Allah SWT..Contohnya kalau kita diberi sesuatu ganjaran, lalu kita mengucapkan syukur..Namun perlu juga kita teliti samada ganjaran yang kita perolehi itu dari sumber yang halal atau haram..kalau kita cium dan sujud syukur sekalipun dengan ganjaran tu tapi hasilnya dari mencuri,tak guna juga..sebab terang2 dari sumber haram..persoalannya sekarang bagaimana harus kita tunjukkan rasa syukur tu? Sekadar ucap Alhamdulillah..Post kat facebook,twitter dll..


Sebagai hamba yang kerdil,kita seharusnya ingat bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Dia bagi terlalu banyak nikmat kepada kita dan kalau kita nak tulis dengan selautan air pun belum tentu cukup..jadi kita harus.. SYUKUR dan berTERIMA KASIH kepadaNya..caranya?


1. DIRIKAN SOLAT 
Ibadat solat pasti menjadi cermin kepada orang yang mensyukuri nikmat pemberianNya..Sebaik-baik waktu untuk berkomunikasi denganNya adalah waktu solat dan sebaik-baik solat ialah dengan khusyuk..

2. BERDOA
Doa itu tandanya kita memerlukan Allah sentiasa..berdoa bukan hanya ketika susah tapi pada setiap keadaan baik susah ataupun senang..Orang yang tidak berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong..Sentiasalah berdoa kepadaNya sebagai tanda syukur yang tak terhingga kerana Dia amat mencintai hambanya yang sentiasa dekat denganNya..

3. BERSEDEKAH DAN ZAKAT
Sedekah dan zakat adalah cara untuk kita membersihkan harta benda kita daripada unsur-unsur yang tidak baik..mana la tau kita pernah terambil duit orang lain ke,dengan bersedekah dan zakat insyaAllah bersihlah ia..Banyak hikmah apabila kita bersedekah dan membayar zakat, antaranya kita dapat kongsikan kesenangan kita dengan insan-insan yang tak bernasib baik kat luar sana..Kita perlu ingat bahawa semua harta benda kita sekarang bukanlah milik kita tetapi milik Allah dan harus dibahagi-bahagikan kepada yang layak..satu lagi,dengan sedekah dan zakat, insyaAllah harta benda kita akan diberkati malah dapat mengelakkan kecurian dan kebakaran..

Sebagai kesimpulannya,kita sebagai hamba harus sentiasa syukur dengan pemberianNya selama ini.. Kita perlu melihat diri kita dan bandingkan dengan golongan yang jauh lebih susah dan melarat hidupnya..Barulah terasa syukur dengan nikmat yang kita punya,kalau nak bandingkan dengan hartawan dan jutawan memang takkan pernah bersyukurla kita..Memang sudah fitrah manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki..Renungan buat diriku dan kalian semua.. 

Setakat itu sahaja untuk kali ini,mungkin kalian ada cadangan atau nak tambah apa-apa lagi jemputla komen untuk penambah baikkan.. Ingatla satu hikam bahasa arab ni, 

"Alyadu 'ulya khoiru min yadu' sufla"
-tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah-



Wallahu'alam..

Wednesday, October 26, 2011

Masa Itu Hampir Tiba..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang sudi mengunjungi blog bersawang serba usang ini..Selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah SAW dan para sahabat dan keluarga baginda..Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang bernafas,menikmati segala nikmat yang diberi percuma olehNya untuk kita..Namun adakah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki kini?sekadar persoalan untuk sama-sama kita fikirkan..

Entri kali ini mungkin lebih kepada nak berkongsi pengalaman sepanjang praktikal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ,K.Terengganu)..Dah nak habis praktikal baru berkesempatan nak berkongsi pengalaman,huhu..Nak buat macam mana,kekangan masa..Apapun,aku hanya boleh cakap yang sebenarnya bekerja itu sangat memenatkan dan meletihkan..Macam mana la nanti nak kerja,sekarang pun dah mula rasa susah..Adoi!



Mula-mula nak bagitahu background HSNZ dulu(gaya buat intern report ni,siap ada background hospital,haha)..HSNZ terletak di tengah bandar K.Terengganu sedangkan aku pula tinggal di sebuah daerah yang berbeza..oleh sebab itu,aku harus merentasi sebuah perjalanan panjang yang memakan masa sejam tapi kadang-kadang lebih..Inilah ujian yang agak hebat bagi aku sebab terpaksa travel setiap hari dari rumah ke HSNZ..perjalanan pergi dan balik kadang-kadang memakan masa hampir 3 jam..tak dapat aku nafikan,aku memang penat namun kerana ilmu dan pengalaman..aku harus kuat mengahdapinya meskipun tanpa seorang teman pun disisi.. :( mungkin inilah pengalaman yang tak dilalui orang lain namun aku harus tempuhi..bak kata orang pengalaman itu mematangkan,betul tak?

Sepanjang praktikal kat HSNZ,aku rasa best sangat..nak tau kenapa?sebab staf dan trainee lain semua baik..meskipun aku datang dari private university and without any friends..dorg semua layan aku dengan baik,ajarkan aku apa yang aku tak tahu..memangla at the beginning aku rasa macam nak menangis (memang dah menangis pun,hehe),namun aku yakin aku mampu untuk lalui semua tu dengan mudah..disebabkan aku ni memang dilahirkan sebagai insan yang mudah mesra,jadi tak sukar untuk aku "join" dengan trainee lain..kt sini cuma ada trainee dari UiTM dan KSKB..dah nak akhir2 ni baru ada student dari kolej antarabangsa perlis (tah betul ke tak la ni,sorry ye korg!)

Pengalaman yang aku rasa akan takkan mungkin lupakan seumur hidup aku bila berada kat sini ialah..dapat belajar buat cream,ointment,syrup and lotion..masa mula2 tengok tu,ya Allah hanya tuhan je tahu bagaimana excited nya aku..hehe..sebab cream tu diputar dalam bekas macam nak buat kek..then aku dapat rasa la experience on how to pack,label and fulfill the indent from satelite pharmacy and OPD..and the toughest thing happen during being a trainee there is I need to stand up until more than 5 hours just because I need to fill and top up the almost empty drug on their shelves..bukan mengeluh tapi sebab mula2 datang terus kena "posting" kat farmasi klinik pakar..tapi bersyukur sebab dari situ aku banyak kenal dan belajar ingat nama2 drugs,classification of drugs according to their system and also controlled medicines..banyak juga nama ubat yang tak pernah aku dengar contohnya ubat2 psycho..kesian aku ni,huhu..




Sepanjang aku jadi trainee kat HSNZ,sikit2 aku belajar dari staf dan senior2 kat sini tentang opportunity to further study,work as assistant pharmacist..tapi kebanyakan orang bagi cadangan kat aku suruh sambung study la instead of kerja..sebab umur pun baru 20,muda lagi..selepas bincang dengan umi dan abah,dorg pun macam setuju je nak lepaskan aku sambung study ni..hopefully.. :) apa2 pun,kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang..kerana adalah sebaik2 perancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik untuk kita..kan? biarlah kita merancang dahulu kerana orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal..

Apa lagi ea nak bagitahu kat sini?Mungkin cuma nak bagitahu yang tempoh internship aku kat HSNZ ni bakal berakhir tak lama je lagi..dah tak sampai sebulan..dulu punyala rasa macam nak cepat2 habis,tapi sekarang ni rasa macam sedih pulak..trainee dari KSKB pun dah nak habis minggu depan..nampak gaya aku akan ditinggalkan bersama student dari kolej tu la..sob3..tak apala asmaa,bukankah setiap yang bertemu pasti akan berpisah?macamla selama ni tak pernah lalui benda macam ni..huhu

Sekadar penghargaan buat mereka yang baik2 semuanya,sekalung ucapan terima kasih buat kalian..korg semua banyak membantu sepanjang internship aku kat HSNZ..buat Local Preceptor,En Zamri terima kasih sebab selalu faham masalah saya..

buat trainee KSKB..
-kak baya,farah,samihah,aini,shamimi,mastura,kak intan..
buat trainee UiTM..
-wan nor afikah..
*being with all of you is the precious moment happen in my life and hope this friendship will never end,insyaAllah..

buat staf2 dan prp..
-pn zaleha (mok ha),kak izyan,kak linda,kak wan,kak elly,kak munirah,kak bazilah,kak fatin,kak yah,kak nor,kak zaharo,kak lina dan ramai lg la..
-kak hidayah,kak ida,kak hajar,kak ju,kak hiqma,kak laila dan ramai lg..

terima kasih untuk semuanya terutama bantuan kalian amat dihargai..



wallahu'alam..

Saturday, June 11, 2011

Piala FA sah milik TERENGGANU!!

Assalamualaikum..

Pujian-pujian syukur buat Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan kita penghulu sekalian alam,Muhammad SAW..Post kali ini sekadar suka-suka memandangkan mood baik punya,sebab Terengganu menang piala FA semalam..Alhamdulillah,syukur!!hehe..

Dalam kegembiraan seluruh rakyat Terengganu meraikan kemenangan skuad penyu kita yang berjaya menjulang piala FA ini,mungkin Daudsu tidak dapat tidur lena semalam kerana memikirkan kesilapannya menyumbangkan gol buat Terengganu..Namun apa pun,tentu sekali itu bukanlah niat beliau..ia hanya kesilapan yang tak diduga,jangan meletakkan kesalahan itu sepenuhnya di bahu Daudsu..kami warga Terengganu berterima kasih kepada anda,hehe..sebenarnya dah memang tersurat kejuaraan milik Terengganu,dalam keadaan apa sekalipun Terengganu tetap akan menang..cuma semalam keajaiban itu berlaku disebabkan oleh jaringan ke gawang sendiri oleh Daudsu..

Sepanjang pemerhatian aku semalam,kedua-dua pasukan bermain dengan cukup bersemangat meskipun bermain dalam keadaan kepenatan ekoran masa tambahan dan masa kecederaan..Walaupun aku ni bukanlah peminat bola sebenarnya,namun disebabkan semalam Terengganu yang lawan tentu sekali aku akan tengok meskipun sorang2 kat depan tv..hehe..Semangat makin berkobar2 apabila pasukan lawan itu ialah pasukan "THE RED WARRIOR" yang sedia maklum merupakan jiran tetangga kami..Apa yang aku nampak semalam pemain Cik Siti ni main agak kasar namun kedua-dua pasukan pun banyak dilayangkan kad kuning..

Dalam kehangatan final semalam,aku terfikir sesuatu..kan bagus kalau semua pemain Terengganu dan Kelantan ni bermain dengan beretika (dok peteh kaki orang suke2 hati)dan menjaga aurat mereka dengan memakai seluar yang menutup sehingga ke lutut..mungkin kalau itu jadi kenyataan,lagi berkat kot perlawanan semalam..tambahan plak semalam YDPA pun turut sama mencemar duli menonton di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tak lupa MB kita..huhu..semangat molek orang kite..

Cuma menyentuh mengenai penyokong,aku sebagai salah seorang penyokong pasukan negeri sendiri,aku agak kecewa melihat ragam dan tingkah laku para penyokong yang hadir..apa yang membaling mercun ke arah padang,baling botol air dan macam-macam la..ke mana agaknya pergi budi bahasa dan kesopanan masyarakat melayu kita?Padahal kedua-dua pasukan datangnya dari negeri pantai timur yang kata orang masih lagi mengekalkan norma-norma ketimurannya..mungkin ianya mulai hilang dihakis masa yang mendatang..semangat,semangat juga..adab dan tatasusila jangan diketepikan sehingga hilang jati diri sebagai orang melayu dan yang penting Islam..

Kesimpulannya,dalam apa jua yang kita lakukan jangan diketepikan ada adab sopan dan etika yang telah digariskan oleh Islam..Kalau semuanya mengikut syariat,tentu lagi best!!apapun,sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat skuad penyu kita yang diketuai kaptennya,Mazuki yang turut dinobat selaku pemain terbaik..cayalah!!Terengganu menang itu sudah takdir yang tersurat,tak bermakna Kelantan tak hebat..Majulah sukan untuk negara..

P/S: hari ini Terengganu menanti kemenangan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) plak..MB jangan lupa bagi cuti kat rakyat ye..hehe.. :)




Wallahu'alam..

Sunday, June 5, 2011

musim cuti sekolah,musim orang bina masjid!!

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar kita penghulu sekalian alam,Nabi Muhammad SAW..Lama sudah tidak ku meng'update' blog ni,dah berhabuk dan bersawang nampaknye.. (fuhh,tiup skit habuk2 ni..uhuk3!!)Kebetulan plak hari ni rasa macam kebosanan tanpa teman berbual,jadi baiklah aku mencoret apa-apa kat sini..Memandangkan sekarang tengah musim cuti persekolahan,jadi post kali lebih melibatkan aktiviti sepanjang cuti la..Dah tajuk pun pasal "musim cuti sekolah,musim orang bina masjid"..paham2 jela maksudnya tu..hehe..

Sudah seminggu cuti persekolahan bermula,jadi sepanjang seminggu ini jugaklah aku asyik mengunjungi majlis-majlis meraikan pasangan mempelai yang 'baru bina masjid' ini..Alhamdulillah,sesungguhnya perkahwinan ini satu perkara yang baik dan merupakan sunah nabi kita SAW..Macam-macam warna tema dan paling seronok melihat pelbagai gaya mereka menyambut dan meraikan pasangan mempelai..Ada yang bersilat,bergojet,menari..macam-macam la..tapi yang sebenarnya bukan itu yang ingin ku bincangkan dalam post kali ini..Topik utama pada hari ini ialah PERKAHWINAN di usia muda..

sebelum mendalami tajuk post ini,ingin aku ajukan satu soalan mungkin kepada sesiapa yang baca blog ini..mungkinla,kalu tak ada pun tak mengapa..apakah kalian rasa perkahwinan di usia muda itu relevan?perkahwinan di usia muda ni tak susah ke?haa..tepuk dada,tanyalah diri anda apakah jawapannya..

Berbalik kepada topik kahwin muda,aku rasa inilah antara topik yang paling hangat diperkatakan oleh golongan remaja atau belia yang sudah memasuki alam 20-an..Jujur aku katakan kadang-kadang aku sendiri rasa loya dengan topik ni,sebab kemana sahaja aku melangkah..semua orang akan bincang topik,kahwin,kahwin,kahwin dan kahwin..bukan aku menolak perkahwinan,aku tahu ia sunnah nabi kita..namun pada ku,perkahwinan di usia muda ini bukanlah semudah yang disangka..aku dapat perhatikan apabila ada sahaja pasangan muda yang mendirikan rumahtangga,mula la ramai yang memasang keinginan untuk turut berumahtangga di usia muda..kononnya nak elakkan maksiat..namun adakah perkahwinan didirikan hanya atas dasar mahu menghalalkan yang haram?bagaimana dengan tanggungjawab?

Jika kita perhatikan,apabila ada anak muda yang mengutarakan hasrat mereka untuk berkahwin di usia muda pasti akan ada ibubapa yang bertanya soalan-soalan seperti ini:

“Ada duit ke nak kahwin?”
“Boleh ke sara anak orang?”
“Kau nak bagi anak bini kau makan apa nanti?”
“Betul ke nak kahwin? Ke cuma sebab dah gatal sangat"

Apabila ibu-bapa menghalang anda untuk berkahwin di usia muda,ia bukanlah sebab mereka dengki atau tidak mahu melihat anda hidup bahagia. Tetapi, persoalan serta kerisauan utama yang bermain difikiran mereka adalah tentang.. “Kemampuan Anda!”..Kemampuan disini, bukanlah sekadar bermaksud, mampu dari segi “batin”.. tetapi.. ianya merangkumi skop kemampuan anda dari segi kewangan dan juga tanggungjawab.. Ini kerana, tanggungjawab menjadi seorang suami mahupun isteri..adalah sangat-sangat-sangat besar dan berat!

Jadi,sebelum membuat apa-apa keputusan penting terutamanya soal jodoh dan perkahwinan perlulah kita pertimbangkan banyak aspek agar keputusan yang diambil tidak akan membawa masalah di masa akan datang..Memang benar kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..Berdoalah agar pilihan dan keputusan anda tepat pada ketikanya..Bukan salah berkahwin di usia muda namun,persiapkanlah diri dahulu sebelum mengorak langkah ke alam rumahtangga..Jangan hanya fikirkan yang indah sahaja,perlu juga fikirkan masalah,dugaan dan cabaran hidup berumahtangga..semuanya perlu diambil kira,bak kata ustaz Hasrizal perlu fikir sampai soal lampin dan susu anak jika berhasrat untuk 'bina masjid'..ia bukan perkara mudah dan main-main..

Dalam apa jua yang kita lakukan takkan ada satu pun yang tiada risiko dan cabaran,begitu juga dengan berkahwin di usia muda..Ada baik dan buruknya,namun semuanya boleh diubah mengikut kemampuan diri kita sendiri..Kalau betul dah sedia dari segala segi,apa salahnya mengorak langkah..lagipun perkara baik tak perlu ditangguhkan..bagi yang masih belum lengkap persediaan fizikal dan mental serta kewangan,ambillah masa yang ada untuk persiapkan diri untuk masa depan anda kelak..bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri,perlu banyak bertolak ansur dan saling memahami..anda rasa,sudah adakah semua itu??renung-renungkan..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)



Wallahu'alam..

Sunday, April 10, 2011

Perpisahan yang menyakitkan..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku rasa aku tak mencoretkan apa-apa di blog kusam ini,hari ini aku terpanggil untuk berbuat demikian.Aku tak mampu menahan dari meluahkan segala isi hatiku kini,hanya blog ini sahaja peneman sepiku kala semua orang yang selalu aku meluahkan tiada di sisi.Aku sangat rindukan mereka,saat-saat indah yang ku luangkan bersama mereka dan semua kenangan pahit manis yang pernah kami lalui bersama.Semuanya cukup sukar aku padam walau ku tepis sekerap mana pun.Bukan niatku untuk melupakan mereka atau membuang memori bersama mereka,tapi untuk membuatkan aku lupa seketika terhadap semua kesedihan ini.Setiap kali kenangan bersama mereka menerjah fikiranku,setiap kali itu jugalah air mataku akan tumpah membasahi bumi.Aku sudah tidak sanggup lagi menangisi suratan takdir yang telah Dia tetapku buatku ini.Cukuplah tangisan yang aku alirkan ketika melangkah meninggalkan bumi Shah Alam tempoh hari.Peritnya aku rasakan tika kaki ini terpaksa menaiki bas meninggalkan mereka,terpaksa memberikan lambaian kepada mereka..perit,pedih,sakit dan terlalu sedih untuk aku gambarkan.Mungkin benar kata orang inilah rasanya ukhuwwah yang tercipta kerana Allah,kerana bekerja untuk Islam.

LAST MOMENT WITH THEM..
Aku datang ke Shah Alam setelah seminggu bercuti di negeriku Terengganu.Aku bertolak 27 Mac (Ahad) malam dan alhamdulillah selamat sampai di Shah Alam pada 6.30 pagi keesokan harinya.Walaupun agak kepenatan tetapi itu bukanlah penghalang buatku untuk bersiap awal kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan rasa rinduku pada sahabat2 ku.Dalam kegembiraan untuk bertemu mereka aku mendapat mesej yang mangatakan bahawa meeting dan jamuan yang dijadualkan pada hari tersebut ditunda atas alasan tertentu.Adoi,aku dah beli tiket balik ke Terengganu 29hb pagi.Memang pada asalnya niatku nak balik malam namun tiket tak ada,terpaksalah.Berita tersebut agak menyedihkanku kerana hajatku untuk bersama-sama mereka terakhir kalinya takkan mungkin tercapai.. :(

Satu lagi berita yang menyedihkan ialah,aku hanya mampu bertemu sahabatku Afifah buat seketika.Aku mengerti situasi dia,aku pun tahu kalau nak diikutkan hatinya dia mahu bersama-sama kami untuk dua atau tiga hari lagi.Namun apakan daya,kita hanya mampu merancang dan segala-galanya Dia yang tentukan.Aku sendiri pun sedih kerana xdapat bertemu mereka semua dalam keadaan serentak.Tapi Allah itu telah merencanakan sesuatu buatku.Sesuatu diluar dugaanku.Seseorang telah bermurah hati untuk membelikan aku tiket baru bagi membolehkan aku bersama-sama menyertai meeting dan jamuan itu.Aku bersyukur sangat walaupun pada awalnya aku dalam dilema.Aku runsing bagaimana caranya untuk aku sampaikan hal ini kepada umi dan abahku.Namun Allah telah permudahkan segala urusanku,Alhamdulillah.

Hati aku berdebar-debar mengahadiri meeting kali ini,sedangkan ia bukanlah meeting pertama yang aku hadiri.Mungkin perasaan ini menandakan inilah kali erakhir buatku menghadiri meeting PMI dan inilah perasaan pertama kali aku meeting ketika di awal penglibatanku dalam persatuan ini.Hairan aku rasakan,tiba-tiba rasa resah dan gelisah untuk membentangkan laporan aktiviti yang diketuai olehku.Ya Allah pelik tapi benar.Setelah aku kumpul segenap kekuatan,aku berjaya membentangkan semuanya dalam keadaan yang ringkas tapi padat kerana kesuntukan masa,Alhamdulillah.

Selesai meeting,kami bergerak ke tempat jamuan yang pada asalnya dirahsiakan.Agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa kami akan makan di sebuah restoran steamboat yang agak jauh,aku sangkakan dekat2 je.Dalam perjalanan ke sana,aku bersama Ummu,Kak Fasihah,Kak Wahyu dan pemilik kereta Kak Halimah bergerak sekali dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Abang Bob.Dalam kereta kami banyak menghabiskan masa dengan bersembang-sembang,ambik gambar.. :D Setibanya di Flaming Steamboat Restaurant,kami diminta naik ke tingkat atas dimana terdapat sebuah bilik yang telah ditempah khas.Inilah kali pertama bagiku makan di restoran steamboat,huhu.Setelah menjamah makanan dan minuman disitu,aku boleh bagi kesimpulan yang aku bukan penggemar steamboat.Walaupun aku lapar masa tu,aku hanya mampu makan sikit je.Membazir je bayar rm25 (even im not pay for whole price :D)Aku lebih banyak makan ais krim je,sebab tu memang feveret aku..

Tengah-tengah syok makan,tiba-tiba ada pengumuman mengatakan, "kita ada masa 20 minit lagi untuk makan,lepas ni kita ada acara lain plak".Kami pun makan la secepat mungkin dan tibalah acara seterusnya.Setiap seorang perlu memberi ucapan atau kata-kata terakhir,kena berdiri la for sure.Bermula dengan Kak Atikah,asyik gelak2 je dia ni hehe..kemudian Kak Wahyu,Kak Khalilah,Kak Linda,Ummu,Kak Haneim,Kak Marni,aku,Kak Fasihah,Kak Solehah dan Kak Halimah.Aku sebenarnya terasa sebak namun aku tahan agar tiada air mata yang tumpah ketika itu kerana ia masih terlalu awal.Tiba giliran Kak Sol,aku dah mula air mataku bergenang,sebak sangat dengar apa yang Kak Sol cakap.Dengan nada suaranya yang menahan sebak,sedikit demi sedikit air mataku tumpah.Aku dah mula tidak mampu mengawal perasaanku,namun aku cuba berlagak tenang sedangkan hatiku sudah mula menangis.Air mataku benar-benar menitis apabila mendengar ucapan daripada pihak muslimin.Mereka yang selama ini nampak tenang,namun siapa sangka dalam hati ada taman.Nada suara dan cara mereka sudah cukup menggambarkan sebak didada.Bukan niatku menceritakan kelemahan mereka,bagiku air mata itu tumpah kerana kuatnya ukhuwwah antara kita.Aku dapat lihat sahabat2 muslimatku juga turut menangis,ditambah pula iringan muzik sedih ketika ucapan mereka.Tak lupa juga iringan nasyid doa perpisahan yang padaku turut menyumbang kepada tumpahnya air mata hikmat kami malam itu.

Ya Allah,aku tidak merasa sia-sia berhenti di sebuah persinggahan bernama MSU kerana apa yang aku dapat adalah lebih daripada apa yang aku harapkan.Aku terlalu sayangkan mereka dan setiap detik bersama mereka akan akan simpan di dalam ingatanku.Bersama setiap air mata yang jatuh ke bumi ini,aku titipkan doa buatmu sahabat2ku.Aku terlalu mengharap agar perpisahan ini hanya untuk sementara waktu kerana aku sudah tidak mampu menahan rindu kepada kalian semua.Meskipun ianya sukar,namun aku tetap berharap suatu hari nanti kita akan ditemukan semula dalam keadaan sama seperti dulu.Berjanjilah sahabat bahawa kita akan terus berjuang walau dimana pun kita dicampakkan,dan ingatlah kerana perjuangan inilah jiwa kita semua diikat dan bertaut utuh.Ya Allah,terima kasih kerana kurniakan aku sahabat2 seperti mereka,yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.

"Senyuman yang tersirat dibibirmu,menjadi ingatan setiap waktu"

~kerana Islam kita bertemu dan Islam juga kita berpisah~




Thursday, March 24, 2011

hari-hari yang bersisa di sini..

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar rasul Ulul 'Azmi Muhammad SAW dan para sahabat..Syukur padaNya kerana aku masih mampu bernafas sehingga ke saat ini,sehingga ke saat-saat akhir aku di bumi Shah Alam ini.Bagaikan tak percaya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan pergi meninggalkan MSU dan seisinya.

Mungkin pada sesetengah orang berpendapat,setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.Namun bagiku,setiap pertemuan yang tercipta itu memang diakhiri dengan perpisahan tapi takkan berakhir begitu sahaja.Aku tak sanggup memadam segala kenangan yang pernah aku cipta bersama sahabat-sahabatku disini begitu sahaja.Seboleh mungkin ingin aku ingat setiap detik indah bersama mereka,susah senang bersama,bergelak ketawa bersama.Sungguh indah dan ia takkan mungkin dapat ku cari dimana-mana.

Dahulunya aku melangkah masuk ke MSU dengan tangisan dalam pelukan ibu bapaku,namun kini aku akan melangkah pergi meninggalkan MSU dengan tangisan dalam pelukan sahabat-sahabat.Dahulunya aku yakin bahawa tiada apa yang mungkin dapat aku kenang sepanjang berada di MSU tapi sekarang baru aku tahu.Cukup banyak kenangan yang suka dan duka telah tercipta disini.Aku pasti akan merinduinya.

Aku bersyukur kepadaMu Tuhanku kerana telah pertemukan aku dengan insan-insan yang sefikrah denganku dan memahamiku sepanjang perjuangan aku di MSU ini.Mungkin mereka tidak sepanjang masa bersamaku namun banyak masaku telah dihabiskan bersama mereka dalam menggerakkan kerja-kerja Islam di bumi "university of choice" ini.Banyak yang aku pelajari daripada mereka yang berpengalaman dan matang.Perkara yang paling banyak mengajarku sepanjang berada dalam Persatuan Mahasiswa Islam MSU ini ialah untuk menggerakkan dakwah Islam di kampus IPTS ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Ianya pasti akan dihujani ujian dan cabaran daripada pelbagai sudut samada di pihak dalam mahupun luar.Mungkin mudah bagi yang bercakap namun bagi yang melaluinya akan tahu betapa sukar dan peritnya untuk melalui semua itu.Tapi apa yang paling penting apabila berada dalam persatuan yang semuanya mempunyai wehdatul fikr (kesatuan pemikiran) ini ialah sikap saling bantu membantu dan memberi sokongan padu dalam apa jua kerja.

Ahad ini (27 mac) malam akan ku bertolak ke bumi Shah Alam lagi setelah hampir seminggu bercuti di rumah untuk urusan pendaftaran latihan industri yang akan bermula pada 4 april ini.Selesai final semester exam tempoh hari,aku meluangkan masa selama 2 hari bersama sahabat-sahabat (Afifah,Kak Fasihah,Kak Solehah dan Kak Marni).Seronok sangat aku rasakan luangkan masa bersama mereka hingga terlupa bahawa tak lama lagi kami semua akan berpisah.Sengaja aku lupakan saat-saat itu,aku rasakan masih terlalu awal buatku ucapkan selamat tinggal kepada mereka.Aku tak sanggup!!!

Akhir kalam untuk kali ini,aku sangat berharap agar ikatan ukhuwwah antara kami tidak akan pernah putus meskipun berjuahan..Bak kata orang jauh di mata dekat dihati..Bersama-sama dengan post ini aku sertakan sekali maksud doa rabitah yang mengikut hati-hati kita insyaallah..


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…

berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu kerana mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

maka eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.

Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.



Wallahu'alam..

Monday, December 27, 2010

hatiku luka lagi..

assalamualaikum..

post kali ini cuma sekadar luahan perasaan aku yang terluka kerana seseorang..beberapa hari lepas aku merasakan detik-detik bahagia dalam hidupku bilamana aku dapat bersama keluarga tercinta.namun sebaik tiba di bumi shah alam,masalah terus menantiku.belum sampai pun 24 jam berada di sini,hati aku telah pun kau sakiti.mungkin kau tidak mengetahui bahawa hatiku sedang terluka malah terguris dalam.aku sedih bila mengenangkanmu wahai teman.dahulunya kaulah yang sudi mendengar cerita suka dan dukaku,dan begitu juga denganmu.segala sakit pening dan kesedihanmu kau kongsikan bersamaku.namun kini kau telah bertemu dengan insan lain.sehingga melupakan aku,malah yang menambahkan pedih di hatiku apabila kau sanggup menipuku.kenapa kau tegar membuatku begini?siapakah aku kini dalam hidupmu teman?kenapa kau pernah muncul dalam hidupku kalau di akhirnya ini yang aku dapat?

ya Allah,aku tak mengerti mengapa manusia harus begitu.kenapa manusia harus membuang sepah apabila sudah kering madunya?aku sentiasa menjadi mangsa kepada insan-insan seperti ini.jujurnya aku katakan kini,aku sudah serik untuk berteman rapat lagi.aku rasa kesal dengan sikapnya.aku tahu aku juga bukanlah insan yang sempurna dan mungkin kerana aku ini banyak kekuranganlah kau pergi mencari teman baru.mungkin dia itu jauh lagi bagus,pendengar yang lebih setia dan pemberi nasihat terbaik buatmu.siapalah aku kini dimatamu teman.sungguh aku katakan,kini aku sangat kecewa,sedih,pilu.

aku sudah mulai perubahan sikapmu apabila kau sudah jarang untuk bersama-samaku.kau sudah mula banyak meluangkan masamu bersama teman barumu itu.dan kau juga sudah selalu kelihatan bersamanya.aku sedar akan hal itu tapi aku hanya bersangka baik kerana aku bukanlah jenis suka mengongkong.aku biarkan sahaja kerana padaku berkawan biar beribu,bercinta biar satu.namun aku tak menyangka perlahan-lahan kau telah pergi menjauh dari sisi hidupku.apa salahku terhadapmu?sehingga kau sanggup menipuku?kenapa?

saat aku mencoretkan hal ini,aku akui aku sangat sedih dan mengharap kau mengetahui kau telah melukai hatiku wahai teman.aku masih berharap agar kau tampil untuk menjelaskan semua ini,kerana aku takut aku akan selamanya bersangka buruk padamu.aku tak sanggup untuk membuangmu dari hidupku apalagi membencimu.namun tolonglah terangkan,jelaskan mengapa kau bersikap begitu terhadapku.aku gelisah dan gundah memikirkan sikapmu terhadap diriku.aku tidak menghalang untuk kau berkawan dengan sesiapa tapi kenapa harus kau pinggirkan aku?dan perkara yang paling aku tak boleh terima hingga saat ini,kenapa kau sanggup menipu aku?apa salahnya kau berterus terang?dan akhirnya aku sendiri mengetahui penipuanmu itu dari mulut insan lain.hatiku bagai ditusuk sembilu,dihunus keris.sakitnya hatiku ini.

aku berjanji pada diriku,mulai hari ini aku tidak akan mudah lagi mendekati sesiapa.apalagi untuk menjadikannya teman rapatku.aku telah berkali-kali dilukai,disakiti.mungkin luka ini mampu sembuh namun parutnya pasti akan tetap wujud.biarlah,itu tak mengapa bagiku.cukuplah andai kau tampil untuk berterus terang dan merungkaikan seribu satu persoalan di benakku ini.dan setelah itu,andai kau memilih untuk tidak bersamaku lagi,aku redha.mungkin takdir telah menetapkan kita hanya akan bersama sampai disini sahaja.

TEMAN..
andai saat ini kau membaca coretan hatiku yang remuk redam ini,segeralah menemuiku,jelaskan padaku.aku tidak ingin kehilangan teman sepertimu,walaupun kita hanya teman namun padaku nilai sebuah persahabatan itu terlalu mahal dan tak mampu dibeli meskipun dengan segunung permata.prinsipku dalam bersahabat,"sekali bertean selamanya akan tetap berteman".mungkin sikapku yang kebudak-budakan dan sensitif membuatkanmu bosan.aku mohon maaf andai ada salah dan silapku padamu selama kita berteman.namun aku mahu kau tahu bahawa aku sangat sayangkan mu wahai teman..

yang ikhlas,

asmaaroshidi




wallahu'alam..

Wednesday, December 15, 2010

selamat tahun baru hijrah 1432!!

assalamualaikum..

syukur kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan aku bernafas dengan oksigen yang dipinjamkanNya buat aku terus hidup di atas muka bumiNya ini dengan sejumlah nikmat yang tak dapat ku hitung ini..Alhamdulillah..

rasanya masih belum terlambat untukku mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru hijrah ke 1432.mungkin pada sesetengah pihak,tahun baru hijrah ini kurang bererti jika dibandingkan dengan tahun baru masihi.tapi seharusnya sebagai seorang muslim,kita patut lebih menghargai dan mengenang peristiwa yang membawa kepada berlakunya perkiraan tahun hijrah ini.hijrah atau juga dipanggil transformasi ini membawa maksud yang berbeza-beza mengikut persepsi masing-masing.namun pada bulan muharam ini,ia berkaitan dengan peristiwa nabi Muhammad SAW bersama para sahabat berhijrah(berpindah) dari kota makkah ke madinah.dan terdapat banyak amalan-amalan yang dituntut untuk kita lakukan bersempena dengan bulan muharam ini.dibawah ini terdapat sedikit pengisian dan perkongsian yang dapat aku post agar kita semua mendapat manfaat bersama-sama.

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid;
dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya :
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
-
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.
Wallahua'lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: "Jika datang Hari Raya, hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: "Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

__._,_.___

Tuesday, November 30, 2010

semester break is over.. new semester with new spirit..

Assalamualaikum..

Puji-pujian syukurku panjatkan kepadaMu Tuhan semesta alam yang masih sedia meminjamkan nikmat iman dan islam buatku dan sehingga kini masih mampu bernafas juga atas belas ehsan dariMu ya Allah..Alhamdulillah setelah lamanya aku tak meng'update' blog yang ku kira boleh digelar blog yang dah bersawang barangkali.. tapi setelah mendapat 'semangat baru' dari teman-teman seperjuangan,aku rasa tiba-tiba terpanggil untuk mencoretkan sesuatu meskipun mungkin sekadar catatan biasa..

Setelah lebih sebulan kita semua (maksudku di sini siswa/i msu) bercuti bersama keluarga tersayang di kampung halaman masing-masing,akhirnya shah alam menggamit kita semua untuk kembali kepadanya..walaupun berat rasa hatiku untuk meninggalkan keluargaku nun jauh di terengganu,namun perjuanganku di sini masih belum selesai..ya,masih belum sudah apa yang telah ku tempuh ini.. dengan baki satu semester lagi yang bersisa di bumi shah alam ini,aku harap aku akan mencipta suatu kenangan dan manfaat sekurang-kurangnya kepada diri sendiri.. dalam pada gembira kerana tak lama lagi aku akan kembali menetap bersama keluarga di terengganu,namun tak dapat aku nafikan perasaanku..perasaanku yang berat untuk meninggalkan sahabat-sahabat seperjuanganku di shah alam.. sepanjang hayatku belum pernah aku pergi meninggalkan sesiapa tanpa esak dan tangis.. namun aku harus akur pada suratan takdir..setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan..

bilaku fikir sejenak ke hadapan, aku mula rasa bimbang,ragu dan tidak yakin tentang masa depanku.. tamatnya pengajianku dalam bidang diploma farmasi ini,belum bererti aku akan merdeka.. aku bertambah runsing apabila mengenangkan bagaimana,apa akan menantiku dihadapan kelak? aku rasa hidupku sudah tidak punya arah dan tujuan.. sebaik bertemu sahabat2,aku meminta pandangan masing2.. dan aku paling tersentuh apabila setiap seorang dari mereka pasti mengatakan,"asmaa,rezeki Allah itu ada di mana-mana..jangan takut dengan semua tu,bimbang nanti kita dianggap tidak yakin dan tidak berserah diri kepadaNya.."

benar..memang benar kata-kata mereka tu.. sekarang aku yakin bahawa rezeki tu datangnya dari Allah,dan sekiranya Dia berkehendak maka Dia berhak untuk memberi dan menariknya.. siapalah kita untuk merencanakan hidup kita sepenuhnya.. kita hanya mampu merancang,namun perancangan Allah itu pastinya yang terbaik buat kita hamba-hambanya yang lemah ini..

"wamakaru makarallah.. innallahu khoirul makirin.."

satu lagi kata pujangga yang bolehku guna dan aplikasi dalam hidup ini,

orang yang pintar tidak akan berfikir apa yang akan dia lakukan esok hari (kelak),namun dia akan berfikir apa yang Allah akan lakukan (aturkan) untuknya esok..

dari semua kata-kata itulah aku kutip,aku himpun dan aku genggam menjadi sebuah semangat yang baru agar apa yang aku harapkan untuk semester akhir ini akan tercapai disertai redha dan keberkatan dariNya.. insyaAllah.. apapun,sebelum memperoleh kejayaan dan kesenangan harus ada usaha yang keras wahai asmaa.. jadi,usaha adalah tangga kepada kejayaan.. kepada sahabat-sahabat yang mengenaliku baik di dunia nyata ataupun dunia maya ini,doakanlah juga kejayaanku.. dan sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama agar setiap kebaikan yang kita lakukan akan menjadi saham akhirat untuk kita kelak dan akan memberi manfaat kepada orang lain..



wallahu'alam..

Tuesday, October 19, 2010

ukhuwwah itu dihati..

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah,Muhammad SAW,ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.Alhamdulillah aku masih lagi bernafas dan menikmati segala nikmat kurnianNya yang terhitung oleh jari jemariku ini.Saat aku mencoretkan semua bait kata-kata ini,aku telah tamat semester 3 bagi diplomaku dan telah selamat sampai di kediamanku di Terengganu.

Tujuan sebenar aku menaip hari ini sekadar ingin menghilangkan rasa bosan menatap skrin laptopku ini setelah berjam-jam menaip kerja-kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan dengan segera.Ingat cuti-cuti tak de kerja ke,ish silap tu!!waktu cuti la tanggungjawab semakin banyak sebenarnya.xpercaya?TOLONGLA PERCAYA!! :)

Berkenaan tajuk post kali ini,"UKHUWWAH ITU DIHATI"..Entah mengapa tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk menulis mengenainya.Mungkin kerana perasaan rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan itu dah semakin menebal.Aku harap apa yang aku coretkan ini dapat hilangkan sedikit perasaan itu,InsyaAllah..

Aku tahu mesti semua orang dah masak dengan perkataan ini,kan? Setiap manusia yang hidup di bumi ini memerlukan kawan,teman,sahabat atau rakan.Bohonglah jika ada yang cakap "aku boleh hidupla tanpa kawan!!".Pada aku,semua itu hanyalah kata-kata yang meniti dibibir namun hakikat sebenar manusia memang memerlukan antara satu sama lain.Dalam hadith Nabi dan firman Allah dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai ukhuwwah.Namun dalam berukhuwwah ini,tentunya banyak rintangan yang akan datang melanda.Mungkin aku ini bukanlah seorang yang begitu banyak pengalaman dalam berukhuwwah tapi aku pernah merasai semua itu.Ada pahit,ada manis.Cukup rasala kata orang.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat : 10
" Sesungguhnya orang-orang Mu'min itu bersaudara ".




Firman Allah dalam Surah Ali Imran : 103
“ Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara.”


Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ".


Mengimbau dari lembaran sejarah

Diantara perkara terawal yang dilakukan oleh Ar-Rasul setelah peristiwa hijrah ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, sementara beberapa bangsa Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan kafilah telah juga bersatu dalam ikatan ukhuwwah tersebut. Mereka diikat diatas tunjang kekuatan aqidah Islam yang kukuh. Ia merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketaqwaan. Sesungguhnya tidak akan ada ukhuwwah tanpa iman dan taqwa dan begitu juga sebaliknya. Ukhuwwah tanpa iman dan taqwa tidak akan dapat bertahan dengan baik, lantaran persaudaraan yang terbina tanpa iman dan taqwa akan dihancurkan oleh kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok tertentu, prasangka isi hati, hasad dengki dan sebagainya.

Dengannya terjelma perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama mereka. Semuanya terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini lahir keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya.

Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah riwayat At-Tirmidzi dari Abu Hurairah

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim lainnya. Dia tidak menganiaya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi pula keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan dan seorang Muslim suatu kesulitan, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dan kesulitan-kesulitan yang dihadapinya di hari kemudian. Barangsiapa yang menutup aibnya di hari kemudian”.

Kelebihan-kelebihan & nikmat Ukhuwwah

Bagi mereka yang menghayati ukhuwwah dengan ikhlas, dijanjikan berbagai kelebihan dan nikmat, antaranya;

1. Merasai manisnya iman

Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api”.

2. Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi

Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim
“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT". Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.

3. Pengampunan dosa

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tabrani
“ Sesunguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa merekka berdua, meski sebanyak buih di laut.”

4. Pengurniaan wajah bercahaya

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud
"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada', tetapi para Nabi dan Syuhada' mengingini keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka? " Rasulullah S.A.W menjawab : " Mereka adalah satu kaum yang cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tanpa hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita ketika orang lain berduka cita ".

5. Berada di bawah naungan Arasy
Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim:
“ Sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencinntai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.

6. Mendapat syurga dan keredhaanNya

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tirmizi
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.


Jika begitu menakjubkannya ukhuwwah, kenapa tidak kita usahakan ia sesungguhnya dan seikhlasnya....?



wallahu'alam..

Saturday, October 9, 2010

mengapa wanita memerlukan lelaki?

assalamualaikum..

post kali aku petik dari website terkenal www.iluvislam.com.. smoga artikel ini memberi manfaat dan kefahaman kepada kita terutama kaum hawa.jangan menolak kehadiran lelaki dalam hidup kita kerana telah Allah jadikan manusia itu berpasang-pasangan seperti dalam firman Allah:

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjdaikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan. Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikuarangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesunggguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah" (Q.S Al-Fathir [35]:11)

selamat membaca.. :)

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Thursday, October 7, 2010

Maher Zain fever..

Assalamualaikum..

Post kali ini sekadar perkongsian suka-suka dan untuk hiburan bersama.hayatilah lirik lagu ini sebaiknya.. Insha Allah by Maher Zain.. my favourite singer.. :)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

kullu nafsin zaiqatul maut..

Assalamualaikum..

segala pujian bagiNya Tuhan pencipta sekalian alam dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat.setelah sekian lama aku menyepi tanpa berita,kini aku kembali menemuimu wahai blog ku.maaf kerana telah jarang menjengukmu kebelakangan ini.bukan kerana telah melupakanmu tapi kerana kekangan masa menghalang aku berbuat demikian.aku mempunyai banyak komitmen kini(cewaahh,bunyi lain macam je kan?.. hehe)

selama aku menyepikan diri tanpa sebarang catatan dan coretan,telah berlaku perkara yang diluar jangkaanku.tanggal 4 september 2010, seminggu sebelum aidilfitri tiba,seorang daripada kami telah dipanggil menghadap Illahi.dialah insan yang bergelar atuk (mahmud bin sudin).walaupun aku bukanlah antara cucunya yang rapat,namun pemergiannya turut aku rasai memandangkan hanya dialah satu-satunya datuk yang aku ada setelah pemergian arwah tokki ketika aku masih lagi tidak mengerti apa-apa.

apa yang membuatkan aku berasa sedih,sebulan sebelum pemergiannya kami ada berjumpa setelah hampir beberapa bulan tidak bertemu.pertemuan kami pun sebenarnya ingin menziarahi pusara arwah atuk saudara dan pak saudara (adik kepada arwah atuk dan anak saudaranya).tidak aku sangka itulah pertemuan akhir kami dan pada hari kematiannya aku tidak dapat pulang ke terengganu memandangkan keesokan harinya ada presentation subject biochemistry.aku telah cuba meminta agar menunda ke hari lain atau selepas hari raya namun my lecturer cannot understand my situation that time.very upset.namun apa yang membuatkan aku berasa syukur kerana arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan begitu mudah.arwah meninggal dunia pada jam 4 pagi hari jumaat di rumahnya dalam keadaan tidur.Allahuakbar.. begitu mudah Engkau mengambilnya,bagaimana pula dengan kami yang masih lagi bernafas ini? ya Allah,permudahkanlah urusan kematian kami. matikanlah kami dalam keadaan husnu khotimah. Aamin..

satu perkara yang mungkin dapat aku kongsikan bersama kalian semua mungkin antara sebab mengapa arwah begitu mudah menghembuskan nafasnya.sepanjang hayatnya,arwah seorang yang pendiam,bercakap hanya pada perkara yang perlu dan tidak gemar bercakap mengenai peribadi orang lain.arwah lebih gemar menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya atau membaca akhbar.selebihnya arwah hanya mendiamkan diri.subhanAllah,mungkin itulah antara sebabnya.bukan mudah untuk dimatikan pada bulan penuh keberkatan Ramadhan dan pada hari jumaat pula.ya Allah tempatkanlah arwah atukku bersama orang-orang yang bertaqwa padaMu.begitu juga dengan arwah tok(nenek,jah bin mohamad) yang telah mengadapMu pada 16 disember 2008, arwah emak saudara dan bapa saudara yang masing-masing telah meninggal dunia pada tahun 2003 dan 2004.

sesungguhnya ajal dan maut semuanya terletak ditanganMu ya Allah.semua itu hanya dalam pengetahuanMu dan akan menjadi rahsia sehingga ajal itu sendiri datang bertandang kepada kita.persoalannya,adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk bertemuNya?adakah semua amalan kita sudah cukup untuk memastikan kita ditempatkan di syurgaNya? wallahualam. tepuk dada tanyalah iman yang ada. aku sendiri pun tak mampu untuk menjawab persoalan itu,diri ini penuh dengan dosa dan noda.aku selalu leka terhadapMu ya Allah.lalai dalam menunaikan tanggungjwabku sebagai muslim yang mukmin.ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku,ampunkanlah dosa-dosa orang disekelilingku. Aamin..

"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"



wallahualam..

Wednesday, September 1, 2010

bangganya aku bergelar wanita..

assalamualaikum..

untuk post kali ini,aku cuma nak kongsikan apa yang aku dapat daripada laman facebook seorang sahabat ni.menarik dan banyak bagi input pada aku.hopefully it will gives you new and additional knowledge specially for women,insyaAllah..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."


"Karena wanita ingin dimengerti..Lewat tutur lembut dan laku agung..Karena wanita ingin dimengerti..Manjakan dia.. dengan kasih sayang"




wallahu'alam..

Monday, August 30, 2010

Ramadhan yang mencabar..

assalamualaikum..

waah,setelah lamanya aku tak menjenguk blog ni.baru hari ni dapat luangkan masa denganmu,dah sebulan kot tak update blog ni.dah bersawang pun.hehe.hari ni telah genap 21 hari seluruh umat islam menunaikan ibadat puasa di bulan penuh barakah Ramadhan.aku rasa sangat2 bersyukur masih diberi kesempatan untuk bertemumu wahai Ramadhan.namun aku juga takut andai ini merupakan Ramadhan terakhir buatku.siapa tahu esok,lusa atau mungkin juga sebentar lagi aku akan memejamkan mataku buat selama-lamanya.ajal,maut,jodoh,pertemuan semuanya ditangan Allah.siapalah kita untuk menentukan semua itu.Redhalah atas semua ketentuanNya buat kita sebagai hamba2Nya.

kenapa agaknya aku pilih tajuk "ramadhan yang mencabar" agaknya ye?emm,mungkin sebab inilah pertama kali bagiku terlibat dengan banyak program sepanjang bulan puasa ini.selama ini,aku hanya jadi orang yang makan dan pergi bazar je.huhu.tambah2 plak duduk berjauhan dengan keluarga,lagi la jarang bagiku memasak sendiri juadah berbuka puasa dan sahur.tapi tahun ni memang sejujurnya aku katakan,aku memang xsempat nak jenguk dapur pun.tambah plak dengan masalah saliran kat dapur rumah sewaku yang tak sempurna.hehe.lagi la aku tak lalu nak masak.

biarlah aku kongsikan antara aktivitiku sepanjang ramadhan tahun ni kat sini.
-majlis berbuka bersama anak-anak yatim anjuran FBMP
-diskusi ramadhan & memasak bubur lambuk kerjasama antara PMI dan AJK surau persanda
-community service di rumah hembusan bayu,sg buah,dengkil anjuran ping pong club bersama PMI,MSC,BBM club
-majlis gema al-Quran,iftar & tarawih di kmpus MSU
-sambutan kemerdekaan peringkat MSU
-memasak bubur lambuk anjuran pharmacy club collabarate with giant hypermarket & berita harian
-majlis berbuka puasa bersama pimpinan PMI
-majlis berbuka puasa di PTPL anjuran BTI

mungkin nampak tak banyak sangat tapi agak penatlah menguruskan semua program ini dalam keadaan berpuasa dan banyak halangan yang datang menerjah samada sebelum,semasa dan selepas program.bak kata salah seorang pimpinan PMI,"penat tu sekejap je,nanti balik tidur.bangun pagi esok,hilanglah penat tu",hehe.apa2 pun,aku rasa bersyukur sangat dapat bekerjasama dengan insan2 yang memahami dan bertanggungjawab.walaupun banyak halangan datang,biarlah kita sama2 tempuh.hasilnya alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini.apa yang paling penting adalah dapat timba ilmu dan pengalaman baru selain ukhuwwah antara kita semua semakin erat.alhamdulillah.. :)

haa.. hampir aku terlupa sesuatu yang tak kurang pentingnya.aku dan beberapa sahabat SHAMS telah merancang iftar bersama2.dari awal perancangannya nak iftar kat area shah alam je mcm kat restoran antan batura dekat2 dengan PKNS je.tapi setelah bincang2,kami decide nak iftar kat sunway pyramid.aku cadangkan makan kat ayam penyet tapi ada sedikit masalah plak.terpaksalah tukar ke chicken rice shop,walaupun sebenarnya aku tak berapa minat nak makan kat situ.tapi redha jela,maybe dah memang rezeki kami kat situ.tapi Allah itu tahu hasrat hambaNya,maka dapatlah kami semua iftar kat ayam penyet jugak. alhamdulillah,dapat juga aku merasa resipi dari negara serumpun kita ini.sedap!!lain kali boleh datang lagi la.. :)apa2 pun,aku rasa gembira sangat dapat jumpa kawan2 sekolahku walaupun xramai sangat.hopefully we will meet again on hari raya gathering at SHAMS.

bersama2 coretan ni,aku lampirkanlah sekali beberapa keping gambar aktiviti sepanjang ramadhan yang sempat aku rakamkan..





Sunday, July 25, 2010

aku telah berjanji padaMu..

assalamualaikum..

dah hampir seminggu aku tak mencoretkan ape2 dalam blog ni,sibuk sungguh minggu lpas dengan tugasan2 mcm assignment,lab report,presentation,quiz and homework.. tak lupe jugak kerja2 sampingan dalam persatuan(PMI).boleh aku katakan yang minggu lepas merupakan minggu yang sangat2 padat sehingga aku rasa sume perkara yang aku lakukan tak kena.ade saje perkara yang membuatkan aku rasa macam nak marah la,bengang la.and most of the person around me can see the changes to myself.they said when i have any problem,i can't hide it.it will obviously appear on my face,maybe.hehe..

minggu lepas pon telah membuktikan sesungguhnya aku sangat2 memerlukan seseorang untuk menemaniku di kala susah dan senang.di kala gembira dan sedih.tapi 'seseorang' tu tiada disisiku saat aku sangat2 memerlukannya.jadi minggu lepas aku asyik membuat panggilan ke terengganu,bagi melepaskan sume rindu kesumat yang dah lama aku simpan ni.pejam celik,pejam celik.dah sbulan lebih aku xbalik rumah.patutla aku sangat2 rindu ngan mereka sume.bagiku mereka la sumber kekuatanku,walaupun kat sini ada kawan2.tp tetap takkan sama perasaan tu.aku pon telah mengambil keputusan untuk balik ke terengganu negeriku yang tercinta usai mid sem exam ni.no matter what happen,i will going back to my home!!umi pon dah setuju takkan marah kalau ponteng kelas,sbb dia pon MESTI RINDUKAN ANAK DIA NI.hehe..

selesai seminggu yang mencabar dan sibuk ni,aku seolah2 tak percaya apa yang berlaku padaku tadi.setelah lamanya aku tinggalkan sume tu,tiba2 tadi aku telah 'diikat dan berjanji untuk taat setia' padanya.ya Allah,benar aku katakan.berat untuk aku lakukan sume tu dalam keadaan aku yang masih agak belum bersedia sepenuhnya.kini aku telah 'sah' menjadi miliknya,tiada keraguan lagi tentang hal ini.ya Allah,saat 'diikat' itu,tiada lain yang mampu aku lakukan melainkan hanya menitiskan air mata.entah kenapa,mungkin itulah air mata gembira?gementar?jujurnya,aku rasa itulah air mata kesyukuran yang mampu aku tumpahkan kerana telah selamat menjadi miliknya.namun itu juga air mata kegusaran yang membelenggu diriku kerana bimbang tak mampu menjalankan tanggungjawabku dengan sempurna dan baik.namun aku akan cuba SEMAMPUKU,insyaALLAH..

teman2.. sahabat2..
bantulah aku mengaharungi sume halangan dan dugaan yang bakal menanti dihadapan nanti,jangan biarkan aku keseorangan.jangan biarkan aku melangkah tanpa haluan yang jelas.betulkan aku saat aku hilang arah tuju dan bertindak melulu.hanya kalianlah yang terdekat denganku saat ini,keluargaku jauh nun disana.ya Allah,aku terima 'jodoh' ini,mungkin inilah yang terbaik telah Kau aturkan buatku.aku redha,aku pasrah dan aku bersyukur.terima kasih ya Allah atas kasih sayangMu terhadapku.

satu yang harus aku selalu ingat bahawa aku kini tidak lagi 'bujang',tp telah 'dimiliki dan berpunya'.aku tidak boleh sewenang2nya bertindak kerana bimbang akan mendatangkan fitnah padanya.aku akan berusaha yang terbaik untukmu,demi kemaslahatan sume pihak.andai aku mungkir,padahnya akan menimpa diriku sendiri.kuatkanlah aku ya Allah,hanya padaMu tempatku memohon.

asmaa.. ingatlah janji2Nya.. ingatlah sume janji itu pasti.. jangan ada keraguan dan pasti ada hikmah disebalik sume ni,insyaAllah.. wallahu'alam..

Sunday, July 18, 2010

hidup palestin.. hancur yahudi.. Allahuakbar!!

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur terhadapNya sebab kita semua masih lagi mampu untuk bernafas pada hari ni.selawat dan salam buat dia kekasih Allah,Muhammad SAW,keluarga baginda dan para sahabat.

sekadar perkongsian yang inginku coretkan pada blog ni,semalam aku telah menghadiri sebuah konsert "DEMIMU AL-AQSA" di stadium tertutup nilai,negeri sembilan.aku pun tak tau apa yang telah membuatkan aku begitu teruja untuk ke sana meskipun kerja-kerja tertangguh masih banyak yang belum diselesaikan.mungkin kerana agak terkilan tidak dapat bersama sahabat2 ke konsert gaza di stadium melawati minggu lepas atau mungkin juga disebabkan aku ingin merasai sendiri suasana berada dalam lautan manusia yang ingin memperjuangkan hak rakyat palestin.

alhamdulillah setelah sejam berada dalam kereta yang dipandu saudari nurul atikah,kami sampai di masjid berhadapan dengan mahallah ummu salamah kampus uia nilai untuk solat maghrib.usai solat dan menunggu beberapa lagi sahabat yang datang menaiki bas,kami bergerak ke stadium.MASYA ALLAH,itu sahaja yang mampu aku ucapkan saat itu.ramai yang datang sebagai tanda protes terhadap kekejaman rejim zionis itu tidak mengira lelaki,wanita,muda ataupun tua.semua ku lihat bersemangat dan tak kurang ramai yang mengenakan selendang pro-palestin di atas bahu dan dililit di kepala serta mengibarkan bendera keramat palestin.

suasana di stadium begitu sesak dan mula dipenuhi hadirin dari serata pelusuk negera.namun,apa yang dapat aku perhatikan,ramai dari kalangan mereka adalah pelajar2 dari uia nilai dan usim.alhamdulillah,semangat itulah yang kita semua mahukan.semangat juang dari muda-mudi islam yang bakal mengangkat martabat agama suci Islam yang telah ditinggalkan baginda SAW kepada kita.INSYAALLAH..

beberapa kumpulan nasyid dari dalam dan luar negara yang membuat persembahan yang padaku cukup2 bersemangat dan mengagumkan(mestica,shoutul harokah,daie dll).dalam setiap lagu yang didendangkan,dapat ku rasakan hasrat dan harapan untuk rakyat palestin.lagu-lagu mereka membawa mesej kedamaian dan doa agar saudara kita di palestin dapat dibebaskan dari cekaman yahudi.AAMIN..

sepanjang semalam banyak yang dapat aku pelajari antaranya jangan pernah lupa untuk menyumbang terhadap saudara kita di palestin.mereka sangat2 memerlukan kita mungkin kalau tidak dari segi material,tapi doa yang mengiringi setiap langkahan mereka.kita harus yakin bahawa doa itu senjata yang paling hebat yang Allah kurniakan hanya pada kita yang bergelar MUSLIM..

firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad)sehingga engkau mengikuti agama mereka.."
(al-baqarah:120)

melalui ayat ini,jelas dapat kita lihat bahawa yahudi tidak akan pernah berputus asa untuk menjatuhkan Islam sedari zaman Rasulullah lagi.apa yang mampu kita lakukan hanya senantiasa berdoa dan berserah padaNya agar semua ini akan segera berakhir.bangsa yahudi merupakan bangsa yang dimurkai oleh ALLAH SWT telah termaktub jelas dalam al-quran,

firman ALLAH SWT dalam surah al-baqarah ayat 61:

"..lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…"

ALLAHUAKBAR!!




wallahu'alam..