Sunday, June 5, 2011

musim cuti sekolah,musim orang bina masjid!!

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar kita penghulu sekalian alam,Nabi Muhammad SAW..Lama sudah tidak ku meng'update' blog ni,dah berhabuk dan bersawang nampaknye.. (fuhh,tiup skit habuk2 ni..uhuk3!!)Kebetulan plak hari ni rasa macam kebosanan tanpa teman berbual,jadi baiklah aku mencoret apa-apa kat sini..Memandangkan sekarang tengah musim cuti persekolahan,jadi post kali lebih melibatkan aktiviti sepanjang cuti la..Dah tajuk pun pasal "musim cuti sekolah,musim orang bina masjid"..paham2 jela maksudnya tu..hehe..

Sudah seminggu cuti persekolahan bermula,jadi sepanjang seminggu ini jugaklah aku asyik mengunjungi majlis-majlis meraikan pasangan mempelai yang 'baru bina masjid' ini..Alhamdulillah,sesungguhnya perkahwinan ini satu perkara yang baik dan merupakan sunah nabi kita SAW..Macam-macam warna tema dan paling seronok melihat pelbagai gaya mereka menyambut dan meraikan pasangan mempelai..Ada yang bersilat,bergojet,menari..macam-macam la..tapi yang sebenarnya bukan itu yang ingin ku bincangkan dalam post kali ini..Topik utama pada hari ini ialah PERKAHWINAN di usia muda..

sebelum mendalami tajuk post ini,ingin aku ajukan satu soalan mungkin kepada sesiapa yang baca blog ini..mungkinla,kalu tak ada pun tak mengapa..apakah kalian rasa perkahwinan di usia muda itu relevan?perkahwinan di usia muda ni tak susah ke?haa..tepuk dada,tanyalah diri anda apakah jawapannya..

Berbalik kepada topik kahwin muda,aku rasa inilah antara topik yang paling hangat diperkatakan oleh golongan remaja atau belia yang sudah memasuki alam 20-an..Jujur aku katakan kadang-kadang aku sendiri rasa loya dengan topik ni,sebab kemana sahaja aku melangkah..semua orang akan bincang topik,kahwin,kahwin,kahwin dan kahwin..bukan aku menolak perkahwinan,aku tahu ia sunnah nabi kita..namun pada ku,perkahwinan di usia muda ini bukanlah semudah yang disangka..aku dapat perhatikan apabila ada sahaja pasangan muda yang mendirikan rumahtangga,mula la ramai yang memasang keinginan untuk turut berumahtangga di usia muda..kononnya nak elakkan maksiat..namun adakah perkahwinan didirikan hanya atas dasar mahu menghalalkan yang haram?bagaimana dengan tanggungjawab?

Jika kita perhatikan,apabila ada anak muda yang mengutarakan hasrat mereka untuk berkahwin di usia muda pasti akan ada ibubapa yang bertanya soalan-soalan seperti ini:

“Ada duit ke nak kahwin?”
“Boleh ke sara anak orang?”
“Kau nak bagi anak bini kau makan apa nanti?”
“Betul ke nak kahwin? Ke cuma sebab dah gatal sangat"

Apabila ibu-bapa menghalang anda untuk berkahwin di usia muda,ia bukanlah sebab mereka dengki atau tidak mahu melihat anda hidup bahagia. Tetapi, persoalan serta kerisauan utama yang bermain difikiran mereka adalah tentang.. “Kemampuan Anda!”..Kemampuan disini, bukanlah sekadar bermaksud, mampu dari segi “batin”.. tetapi.. ianya merangkumi skop kemampuan anda dari segi kewangan dan juga tanggungjawab.. Ini kerana, tanggungjawab menjadi seorang suami mahupun isteri..adalah sangat-sangat-sangat besar dan berat!

Jadi,sebelum membuat apa-apa keputusan penting terutamanya soal jodoh dan perkahwinan perlulah kita pertimbangkan banyak aspek agar keputusan yang diambil tidak akan membawa masalah di masa akan datang..Memang benar kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..Berdoalah agar pilihan dan keputusan anda tepat pada ketikanya..Bukan salah berkahwin di usia muda namun,persiapkanlah diri dahulu sebelum mengorak langkah ke alam rumahtangga..Jangan hanya fikirkan yang indah sahaja,perlu juga fikirkan masalah,dugaan dan cabaran hidup berumahtangga..semuanya perlu diambil kira,bak kata ustaz Hasrizal perlu fikir sampai soal lampin dan susu anak jika berhasrat untuk 'bina masjid'..ia bukan perkara mudah dan main-main..

Dalam apa jua yang kita lakukan takkan ada satu pun yang tiada risiko dan cabaran,begitu juga dengan berkahwin di usia muda..Ada baik dan buruknya,namun semuanya boleh diubah mengikut kemampuan diri kita sendiri..Kalau betul dah sedia dari segala segi,apa salahnya mengorak langkah..lagipun perkara baik tak perlu ditangguhkan..bagi yang masih belum lengkap persediaan fizikal dan mental serta kewangan,ambillah masa yang ada untuk persiapkan diri untuk masa depan anda kelak..bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri,perlu banyak bertolak ansur dan saling memahami..anda rasa,sudah adakah semua itu??renung-renungkan..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)



Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda disini.. :)