Thursday, October 7, 2010

kullu nafsin zaiqatul maut..

Assalamualaikum..

segala pujian bagiNya Tuhan pencipta sekalian alam dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat.setelah sekian lama aku menyepi tanpa berita,kini aku kembali menemuimu wahai blog ku.maaf kerana telah jarang menjengukmu kebelakangan ini.bukan kerana telah melupakanmu tapi kerana kekangan masa menghalang aku berbuat demikian.aku mempunyai banyak komitmen kini(cewaahh,bunyi lain macam je kan?.. hehe)

selama aku menyepikan diri tanpa sebarang catatan dan coretan,telah berlaku perkara yang diluar jangkaanku.tanggal 4 september 2010, seminggu sebelum aidilfitri tiba,seorang daripada kami telah dipanggil menghadap Illahi.dialah insan yang bergelar atuk (mahmud bin sudin).walaupun aku bukanlah antara cucunya yang rapat,namun pemergiannya turut aku rasai memandangkan hanya dialah satu-satunya datuk yang aku ada setelah pemergian arwah tokki ketika aku masih lagi tidak mengerti apa-apa.

apa yang membuatkan aku berasa sedih,sebulan sebelum pemergiannya kami ada berjumpa setelah hampir beberapa bulan tidak bertemu.pertemuan kami pun sebenarnya ingin menziarahi pusara arwah atuk saudara dan pak saudara (adik kepada arwah atuk dan anak saudaranya).tidak aku sangka itulah pertemuan akhir kami dan pada hari kematiannya aku tidak dapat pulang ke terengganu memandangkan keesokan harinya ada presentation subject biochemistry.aku telah cuba meminta agar menunda ke hari lain atau selepas hari raya namun my lecturer cannot understand my situation that time.very upset.namun apa yang membuatkan aku berasa syukur kerana arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan begitu mudah.arwah meninggal dunia pada jam 4 pagi hari jumaat di rumahnya dalam keadaan tidur.Allahuakbar.. begitu mudah Engkau mengambilnya,bagaimana pula dengan kami yang masih lagi bernafas ini? ya Allah,permudahkanlah urusan kematian kami. matikanlah kami dalam keadaan husnu khotimah. Aamin..

satu perkara yang mungkin dapat aku kongsikan bersama kalian semua mungkin antara sebab mengapa arwah begitu mudah menghembuskan nafasnya.sepanjang hayatnya,arwah seorang yang pendiam,bercakap hanya pada perkara yang perlu dan tidak gemar bercakap mengenai peribadi orang lain.arwah lebih gemar menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya atau membaca akhbar.selebihnya arwah hanya mendiamkan diri.subhanAllah,mungkin itulah antara sebabnya.bukan mudah untuk dimatikan pada bulan penuh keberkatan Ramadhan dan pada hari jumaat pula.ya Allah tempatkanlah arwah atukku bersama orang-orang yang bertaqwa padaMu.begitu juga dengan arwah tok(nenek,jah bin mohamad) yang telah mengadapMu pada 16 disember 2008, arwah emak saudara dan bapa saudara yang masing-masing telah meninggal dunia pada tahun 2003 dan 2004.

sesungguhnya ajal dan maut semuanya terletak ditanganMu ya Allah.semua itu hanya dalam pengetahuanMu dan akan menjadi rahsia sehingga ajal itu sendiri datang bertandang kepada kita.persoalannya,adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk bertemuNya?adakah semua amalan kita sudah cukup untuk memastikan kita ditempatkan di syurgaNya? wallahualam. tepuk dada tanyalah iman yang ada. aku sendiri pun tak mampu untuk menjawab persoalan itu,diri ini penuh dengan dosa dan noda.aku selalu leka terhadapMu ya Allah.lalai dalam menunaikan tanggungjwabku sebagai muslim yang mukmin.ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku,ampunkanlah dosa-dosa orang disekelilingku. Aamin..

"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"



wallahualam..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda disini.. :)