Friday, November 4, 2011

Apa itu syukur?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di blog ini..Alhamdulillah syukur kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan menumpang di bumi Illahi ini..Bertambah besar rahmatNya kerana hari ini ialah hari Jumaat dimana Allah membuka seluas-luas pintu langit untuk menerima doa kita dan insyaAllah dimakbulkan..Selawat dan salam buat junjungan Muhammad SAW serta para sahabat baginda..


Sukar tak nak melafazkan syukur?Rasanya setiap daripada kita mesti selalu cakap, "Alhamdulillah..syukur"..kan? tapi pernah tak kita terfikir apa itu maksud syukur?Kepada siapa harus diucapkan syukur dan macam mana nak menzahirkan maksud syukur?Pernah tak?Jom kita sama-sama kupas tajuk ini sebagai satu pengisian di petang Jumaat ini.. :)


Sebelum itu aku nak bagitau la kenapa tiba-tiba je aku nak post tajuk syukur ni..Pertamanya sebab aku rasa terlalu kerap perkataan syukur tu meniti dibibir mulut ni tapi sampaikah maksud syukur yang sebenarnya dan mula la aku terfikir adakah aku ni insan yang bersyukur atas semua nikmat pemberianNya..Keduanya,hari tu aku pernah la bincang ngan umi pasal tajuk ni..setelah dengar hujah umi dan baca tentang tajuk ni dalam sebuah majalah,aku rasa ada baiknya aku kongsikan ngan pembaca kat blog ni..


Syukur ertinya menggunakan sesuatu nikmat, sesuai dengan kehendak pemberian Allah SWT..Contohnya kalau kita diberi sesuatu ganjaran, lalu kita mengucapkan syukur..Namun perlu juga kita teliti samada ganjaran yang kita perolehi itu dari sumber yang halal atau haram..kalau kita cium dan sujud syukur sekalipun dengan ganjaran tu tapi hasilnya dari mencuri,tak guna juga..sebab terang2 dari sumber haram..persoalannya sekarang bagaimana harus kita tunjukkan rasa syukur tu? Sekadar ucap Alhamdulillah..Post kat facebook,twitter dll..


Sebagai hamba yang kerdil,kita seharusnya ingat bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Dia bagi terlalu banyak nikmat kepada kita dan kalau kita nak tulis dengan selautan air pun belum tentu cukup..jadi kita harus.. SYUKUR dan berTERIMA KASIH kepadaNya..caranya?


1. DIRIKAN SOLAT 
Ibadat solat pasti menjadi cermin kepada orang yang mensyukuri nikmat pemberianNya..Sebaik-baik waktu untuk berkomunikasi denganNya adalah waktu solat dan sebaik-baik solat ialah dengan khusyuk..

2. BERDOA
Doa itu tandanya kita memerlukan Allah sentiasa..berdoa bukan hanya ketika susah tapi pada setiap keadaan baik susah ataupun senang..Orang yang tidak berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong..Sentiasalah berdoa kepadaNya sebagai tanda syukur yang tak terhingga kerana Dia amat mencintai hambanya yang sentiasa dekat denganNya..

3. BERSEDEKAH DAN ZAKAT
Sedekah dan zakat adalah cara untuk kita membersihkan harta benda kita daripada unsur-unsur yang tidak baik..mana la tau kita pernah terambil duit orang lain ke,dengan bersedekah dan zakat insyaAllah bersihlah ia..Banyak hikmah apabila kita bersedekah dan membayar zakat, antaranya kita dapat kongsikan kesenangan kita dengan insan-insan yang tak bernasib baik kat luar sana..Kita perlu ingat bahawa semua harta benda kita sekarang bukanlah milik kita tetapi milik Allah dan harus dibahagi-bahagikan kepada yang layak..satu lagi,dengan sedekah dan zakat, insyaAllah harta benda kita akan diberkati malah dapat mengelakkan kecurian dan kebakaran..

Sebagai kesimpulannya,kita sebagai hamba harus sentiasa syukur dengan pemberianNya selama ini.. Kita perlu melihat diri kita dan bandingkan dengan golongan yang jauh lebih susah dan melarat hidupnya..Barulah terasa syukur dengan nikmat yang kita punya,kalau nak bandingkan dengan hartawan dan jutawan memang takkan pernah bersyukurla kita..Memang sudah fitrah manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki..Renungan buat diriku dan kalian semua.. 

Setakat itu sahaja untuk kali ini,mungkin kalian ada cadangan atau nak tambah apa-apa lagi jemputla komen untuk penambah baikkan.. Ingatla satu hikam bahasa arab ni, 

"Alyadu 'ulya khoiru min yadu' sufla"
-tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah-



Wallahu'alam..

Wednesday, October 26, 2011

Masa Itu Hampir Tiba..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang sudi mengunjungi blog bersawang serba usang ini..Selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah SAW dan para sahabat dan keluarga baginda..Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang bernafas,menikmati segala nikmat yang diberi percuma olehNya untuk kita..Namun adakah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki kini?sekadar persoalan untuk sama-sama kita fikirkan..

Entri kali ini mungkin lebih kepada nak berkongsi pengalaman sepanjang praktikal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ,K.Terengganu)..Dah nak habis praktikal baru berkesempatan nak berkongsi pengalaman,huhu..Nak buat macam mana,kekangan masa..Apapun,aku hanya boleh cakap yang sebenarnya bekerja itu sangat memenatkan dan meletihkan..Macam mana la nanti nak kerja,sekarang pun dah mula rasa susah..Adoi!



Mula-mula nak bagitahu background HSNZ dulu(gaya buat intern report ni,siap ada background hospital,haha)..HSNZ terletak di tengah bandar K.Terengganu sedangkan aku pula tinggal di sebuah daerah yang berbeza..oleh sebab itu,aku harus merentasi sebuah perjalanan panjang yang memakan masa sejam tapi kadang-kadang lebih..Inilah ujian yang agak hebat bagi aku sebab terpaksa travel setiap hari dari rumah ke HSNZ..perjalanan pergi dan balik kadang-kadang memakan masa hampir 3 jam..tak dapat aku nafikan,aku memang penat namun kerana ilmu dan pengalaman..aku harus kuat mengahdapinya meskipun tanpa seorang teman pun disisi.. :( mungkin inilah pengalaman yang tak dilalui orang lain namun aku harus tempuhi..bak kata orang pengalaman itu mematangkan,betul tak?

Sepanjang praktikal kat HSNZ,aku rasa best sangat..nak tau kenapa?sebab staf dan trainee lain semua baik..meskipun aku datang dari private university and without any friends..dorg semua layan aku dengan baik,ajarkan aku apa yang aku tak tahu..memangla at the beginning aku rasa macam nak menangis (memang dah menangis pun,hehe),namun aku yakin aku mampu untuk lalui semua tu dengan mudah..disebabkan aku ni memang dilahirkan sebagai insan yang mudah mesra,jadi tak sukar untuk aku "join" dengan trainee lain..kt sini cuma ada trainee dari UiTM dan KSKB..dah nak akhir2 ni baru ada student dari kolej antarabangsa perlis (tah betul ke tak la ni,sorry ye korg!)

Pengalaman yang aku rasa akan takkan mungkin lupakan seumur hidup aku bila berada kat sini ialah..dapat belajar buat cream,ointment,syrup and lotion..masa mula2 tengok tu,ya Allah hanya tuhan je tahu bagaimana excited nya aku..hehe..sebab cream tu diputar dalam bekas macam nak buat kek..then aku dapat rasa la experience on how to pack,label and fulfill the indent from satelite pharmacy and OPD..and the toughest thing happen during being a trainee there is I need to stand up until more than 5 hours just because I need to fill and top up the almost empty drug on their shelves..bukan mengeluh tapi sebab mula2 datang terus kena "posting" kat farmasi klinik pakar..tapi bersyukur sebab dari situ aku banyak kenal dan belajar ingat nama2 drugs,classification of drugs according to their system and also controlled medicines..banyak juga nama ubat yang tak pernah aku dengar contohnya ubat2 psycho..kesian aku ni,huhu..




Sepanjang aku jadi trainee kat HSNZ,sikit2 aku belajar dari staf dan senior2 kat sini tentang opportunity to further study,work as assistant pharmacist..tapi kebanyakan orang bagi cadangan kat aku suruh sambung study la instead of kerja..sebab umur pun baru 20,muda lagi..selepas bincang dengan umi dan abah,dorg pun macam setuju je nak lepaskan aku sambung study ni..hopefully.. :) apa2 pun,kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang..kerana adalah sebaik2 perancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik untuk kita..kan? biarlah kita merancang dahulu kerana orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal..

Apa lagi ea nak bagitahu kat sini?Mungkin cuma nak bagitahu yang tempoh internship aku kat HSNZ ni bakal berakhir tak lama je lagi..dah tak sampai sebulan..dulu punyala rasa macam nak cepat2 habis,tapi sekarang ni rasa macam sedih pulak..trainee dari KSKB pun dah nak habis minggu depan..nampak gaya aku akan ditinggalkan bersama student dari kolej tu la..sob3..tak apala asmaa,bukankah setiap yang bertemu pasti akan berpisah?macamla selama ni tak pernah lalui benda macam ni..huhu

Sekadar penghargaan buat mereka yang baik2 semuanya,sekalung ucapan terima kasih buat kalian..korg semua banyak membantu sepanjang internship aku kat HSNZ..buat Local Preceptor,En Zamri terima kasih sebab selalu faham masalah saya..

buat trainee KSKB..
-kak baya,farah,samihah,aini,shamimi,mastura,kak intan..
buat trainee UiTM..
-wan nor afikah..
*being with all of you is the precious moment happen in my life and hope this friendship will never end,insyaAllah..

buat staf2 dan prp..
-pn zaleha (mok ha),kak izyan,kak linda,kak wan,kak elly,kak munirah,kak bazilah,kak fatin,kak yah,kak nor,kak zaharo,kak lina dan ramai lg la..
-kak hidayah,kak ida,kak hajar,kak ju,kak hiqma,kak laila dan ramai lg..

terima kasih untuk semuanya terutama bantuan kalian amat dihargai..



wallahu'alam..

Saturday, June 11, 2011

Piala FA sah milik TERENGGANU!!

Assalamualaikum..

Pujian-pujian syukur buat Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan kita penghulu sekalian alam,Muhammad SAW..Post kali ini sekadar suka-suka memandangkan mood baik punya,sebab Terengganu menang piala FA semalam..Alhamdulillah,syukur!!hehe..

Dalam kegembiraan seluruh rakyat Terengganu meraikan kemenangan skuad penyu kita yang berjaya menjulang piala FA ini,mungkin Daudsu tidak dapat tidur lena semalam kerana memikirkan kesilapannya menyumbangkan gol buat Terengganu..Namun apa pun,tentu sekali itu bukanlah niat beliau..ia hanya kesilapan yang tak diduga,jangan meletakkan kesalahan itu sepenuhnya di bahu Daudsu..kami warga Terengganu berterima kasih kepada anda,hehe..sebenarnya dah memang tersurat kejuaraan milik Terengganu,dalam keadaan apa sekalipun Terengganu tetap akan menang..cuma semalam keajaiban itu berlaku disebabkan oleh jaringan ke gawang sendiri oleh Daudsu..

Sepanjang pemerhatian aku semalam,kedua-dua pasukan bermain dengan cukup bersemangat meskipun bermain dalam keadaan kepenatan ekoran masa tambahan dan masa kecederaan..Walaupun aku ni bukanlah peminat bola sebenarnya,namun disebabkan semalam Terengganu yang lawan tentu sekali aku akan tengok meskipun sorang2 kat depan tv..hehe..Semangat makin berkobar2 apabila pasukan lawan itu ialah pasukan "THE RED WARRIOR" yang sedia maklum merupakan jiran tetangga kami..Apa yang aku nampak semalam pemain Cik Siti ni main agak kasar namun kedua-dua pasukan pun banyak dilayangkan kad kuning..

Dalam kehangatan final semalam,aku terfikir sesuatu..kan bagus kalau semua pemain Terengganu dan Kelantan ni bermain dengan beretika (dok peteh kaki orang suke2 hati)dan menjaga aurat mereka dengan memakai seluar yang menutup sehingga ke lutut..mungkin kalau itu jadi kenyataan,lagi berkat kot perlawanan semalam..tambahan plak semalam YDPA pun turut sama mencemar duli menonton di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tak lupa MB kita..huhu..semangat molek orang kite..

Cuma menyentuh mengenai penyokong,aku sebagai salah seorang penyokong pasukan negeri sendiri,aku agak kecewa melihat ragam dan tingkah laku para penyokong yang hadir..apa yang membaling mercun ke arah padang,baling botol air dan macam-macam la..ke mana agaknya pergi budi bahasa dan kesopanan masyarakat melayu kita?Padahal kedua-dua pasukan datangnya dari negeri pantai timur yang kata orang masih lagi mengekalkan norma-norma ketimurannya..mungkin ianya mulai hilang dihakis masa yang mendatang..semangat,semangat juga..adab dan tatasusila jangan diketepikan sehingga hilang jati diri sebagai orang melayu dan yang penting Islam..

Kesimpulannya,dalam apa jua yang kita lakukan jangan diketepikan ada adab sopan dan etika yang telah digariskan oleh Islam..Kalau semuanya mengikut syariat,tentu lagi best!!apapun,sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat skuad penyu kita yang diketuai kaptennya,Mazuki yang turut dinobat selaku pemain terbaik..cayalah!!Terengganu menang itu sudah takdir yang tersurat,tak bermakna Kelantan tak hebat..Majulah sukan untuk negara..

P/S: hari ini Terengganu menanti kemenangan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) plak..MB jangan lupa bagi cuti kat rakyat ye..hehe.. :)




Wallahu'alam..

Sunday, June 5, 2011

musim cuti sekolah,musim orang bina masjid!!

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar kita penghulu sekalian alam,Nabi Muhammad SAW..Lama sudah tidak ku meng'update' blog ni,dah berhabuk dan bersawang nampaknye.. (fuhh,tiup skit habuk2 ni..uhuk3!!)Kebetulan plak hari ni rasa macam kebosanan tanpa teman berbual,jadi baiklah aku mencoret apa-apa kat sini..Memandangkan sekarang tengah musim cuti persekolahan,jadi post kali lebih melibatkan aktiviti sepanjang cuti la..Dah tajuk pun pasal "musim cuti sekolah,musim orang bina masjid"..paham2 jela maksudnya tu..hehe..

Sudah seminggu cuti persekolahan bermula,jadi sepanjang seminggu ini jugaklah aku asyik mengunjungi majlis-majlis meraikan pasangan mempelai yang 'baru bina masjid' ini..Alhamdulillah,sesungguhnya perkahwinan ini satu perkara yang baik dan merupakan sunah nabi kita SAW..Macam-macam warna tema dan paling seronok melihat pelbagai gaya mereka menyambut dan meraikan pasangan mempelai..Ada yang bersilat,bergojet,menari..macam-macam la..tapi yang sebenarnya bukan itu yang ingin ku bincangkan dalam post kali ini..Topik utama pada hari ini ialah PERKAHWINAN di usia muda..

sebelum mendalami tajuk post ini,ingin aku ajukan satu soalan mungkin kepada sesiapa yang baca blog ini..mungkinla,kalu tak ada pun tak mengapa..apakah kalian rasa perkahwinan di usia muda itu relevan?perkahwinan di usia muda ni tak susah ke?haa..tepuk dada,tanyalah diri anda apakah jawapannya..

Berbalik kepada topik kahwin muda,aku rasa inilah antara topik yang paling hangat diperkatakan oleh golongan remaja atau belia yang sudah memasuki alam 20-an..Jujur aku katakan kadang-kadang aku sendiri rasa loya dengan topik ni,sebab kemana sahaja aku melangkah..semua orang akan bincang topik,kahwin,kahwin,kahwin dan kahwin..bukan aku menolak perkahwinan,aku tahu ia sunnah nabi kita..namun pada ku,perkahwinan di usia muda ini bukanlah semudah yang disangka..aku dapat perhatikan apabila ada sahaja pasangan muda yang mendirikan rumahtangga,mula la ramai yang memasang keinginan untuk turut berumahtangga di usia muda..kononnya nak elakkan maksiat..namun adakah perkahwinan didirikan hanya atas dasar mahu menghalalkan yang haram?bagaimana dengan tanggungjawab?

Jika kita perhatikan,apabila ada anak muda yang mengutarakan hasrat mereka untuk berkahwin di usia muda pasti akan ada ibubapa yang bertanya soalan-soalan seperti ini:

“Ada duit ke nak kahwin?”
“Boleh ke sara anak orang?”
“Kau nak bagi anak bini kau makan apa nanti?”
“Betul ke nak kahwin? Ke cuma sebab dah gatal sangat"

Apabila ibu-bapa menghalang anda untuk berkahwin di usia muda,ia bukanlah sebab mereka dengki atau tidak mahu melihat anda hidup bahagia. Tetapi, persoalan serta kerisauan utama yang bermain difikiran mereka adalah tentang.. “Kemampuan Anda!”..Kemampuan disini, bukanlah sekadar bermaksud, mampu dari segi “batin”.. tetapi.. ianya merangkumi skop kemampuan anda dari segi kewangan dan juga tanggungjawab.. Ini kerana, tanggungjawab menjadi seorang suami mahupun isteri..adalah sangat-sangat-sangat besar dan berat!

Jadi,sebelum membuat apa-apa keputusan penting terutamanya soal jodoh dan perkahwinan perlulah kita pertimbangkan banyak aspek agar keputusan yang diambil tidak akan membawa masalah di masa akan datang..Memang benar kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..Berdoalah agar pilihan dan keputusan anda tepat pada ketikanya..Bukan salah berkahwin di usia muda namun,persiapkanlah diri dahulu sebelum mengorak langkah ke alam rumahtangga..Jangan hanya fikirkan yang indah sahaja,perlu juga fikirkan masalah,dugaan dan cabaran hidup berumahtangga..semuanya perlu diambil kira,bak kata ustaz Hasrizal perlu fikir sampai soal lampin dan susu anak jika berhasrat untuk 'bina masjid'..ia bukan perkara mudah dan main-main..

Dalam apa jua yang kita lakukan takkan ada satu pun yang tiada risiko dan cabaran,begitu juga dengan berkahwin di usia muda..Ada baik dan buruknya,namun semuanya boleh diubah mengikut kemampuan diri kita sendiri..Kalau betul dah sedia dari segala segi,apa salahnya mengorak langkah..lagipun perkara baik tak perlu ditangguhkan..bagi yang masih belum lengkap persediaan fizikal dan mental serta kewangan,ambillah masa yang ada untuk persiapkan diri untuk masa depan anda kelak..bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri,perlu banyak bertolak ansur dan saling memahami..anda rasa,sudah adakah semua itu??renung-renungkan..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)



Wallahu'alam..

Sunday, April 10, 2011

Perpisahan yang menyakitkan..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku rasa aku tak mencoretkan apa-apa di blog kusam ini,hari ini aku terpanggil untuk berbuat demikian.Aku tak mampu menahan dari meluahkan segala isi hatiku kini,hanya blog ini sahaja peneman sepiku kala semua orang yang selalu aku meluahkan tiada di sisi.Aku sangat rindukan mereka,saat-saat indah yang ku luangkan bersama mereka dan semua kenangan pahit manis yang pernah kami lalui bersama.Semuanya cukup sukar aku padam walau ku tepis sekerap mana pun.Bukan niatku untuk melupakan mereka atau membuang memori bersama mereka,tapi untuk membuatkan aku lupa seketika terhadap semua kesedihan ini.Setiap kali kenangan bersama mereka menerjah fikiranku,setiap kali itu jugalah air mataku akan tumpah membasahi bumi.Aku sudah tidak sanggup lagi menangisi suratan takdir yang telah Dia tetapku buatku ini.Cukuplah tangisan yang aku alirkan ketika melangkah meninggalkan bumi Shah Alam tempoh hari.Peritnya aku rasakan tika kaki ini terpaksa menaiki bas meninggalkan mereka,terpaksa memberikan lambaian kepada mereka..perit,pedih,sakit dan terlalu sedih untuk aku gambarkan.Mungkin benar kata orang inilah rasanya ukhuwwah yang tercipta kerana Allah,kerana bekerja untuk Islam.

LAST MOMENT WITH THEM..
Aku datang ke Shah Alam setelah seminggu bercuti di negeriku Terengganu.Aku bertolak 27 Mac (Ahad) malam dan alhamdulillah selamat sampai di Shah Alam pada 6.30 pagi keesokan harinya.Walaupun agak kepenatan tetapi itu bukanlah penghalang buatku untuk bersiap awal kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan rasa rinduku pada sahabat2 ku.Dalam kegembiraan untuk bertemu mereka aku mendapat mesej yang mangatakan bahawa meeting dan jamuan yang dijadualkan pada hari tersebut ditunda atas alasan tertentu.Adoi,aku dah beli tiket balik ke Terengganu 29hb pagi.Memang pada asalnya niatku nak balik malam namun tiket tak ada,terpaksalah.Berita tersebut agak menyedihkanku kerana hajatku untuk bersama-sama mereka terakhir kalinya takkan mungkin tercapai.. :(

Satu lagi berita yang menyedihkan ialah,aku hanya mampu bertemu sahabatku Afifah buat seketika.Aku mengerti situasi dia,aku pun tahu kalau nak diikutkan hatinya dia mahu bersama-sama kami untuk dua atau tiga hari lagi.Namun apakan daya,kita hanya mampu merancang dan segala-galanya Dia yang tentukan.Aku sendiri pun sedih kerana xdapat bertemu mereka semua dalam keadaan serentak.Tapi Allah itu telah merencanakan sesuatu buatku.Sesuatu diluar dugaanku.Seseorang telah bermurah hati untuk membelikan aku tiket baru bagi membolehkan aku bersama-sama menyertai meeting dan jamuan itu.Aku bersyukur sangat walaupun pada awalnya aku dalam dilema.Aku runsing bagaimana caranya untuk aku sampaikan hal ini kepada umi dan abahku.Namun Allah telah permudahkan segala urusanku,Alhamdulillah.

Hati aku berdebar-debar mengahadiri meeting kali ini,sedangkan ia bukanlah meeting pertama yang aku hadiri.Mungkin perasaan ini menandakan inilah kali erakhir buatku menghadiri meeting PMI dan inilah perasaan pertama kali aku meeting ketika di awal penglibatanku dalam persatuan ini.Hairan aku rasakan,tiba-tiba rasa resah dan gelisah untuk membentangkan laporan aktiviti yang diketuai olehku.Ya Allah pelik tapi benar.Setelah aku kumpul segenap kekuatan,aku berjaya membentangkan semuanya dalam keadaan yang ringkas tapi padat kerana kesuntukan masa,Alhamdulillah.

Selesai meeting,kami bergerak ke tempat jamuan yang pada asalnya dirahsiakan.Agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa kami akan makan di sebuah restoran steamboat yang agak jauh,aku sangkakan dekat2 je.Dalam perjalanan ke sana,aku bersama Ummu,Kak Fasihah,Kak Wahyu dan pemilik kereta Kak Halimah bergerak sekali dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Abang Bob.Dalam kereta kami banyak menghabiskan masa dengan bersembang-sembang,ambik gambar.. :D Setibanya di Flaming Steamboat Restaurant,kami diminta naik ke tingkat atas dimana terdapat sebuah bilik yang telah ditempah khas.Inilah kali pertama bagiku makan di restoran steamboat,huhu.Setelah menjamah makanan dan minuman disitu,aku boleh bagi kesimpulan yang aku bukan penggemar steamboat.Walaupun aku lapar masa tu,aku hanya mampu makan sikit je.Membazir je bayar rm25 (even im not pay for whole price :D)Aku lebih banyak makan ais krim je,sebab tu memang feveret aku..

Tengah-tengah syok makan,tiba-tiba ada pengumuman mengatakan, "kita ada masa 20 minit lagi untuk makan,lepas ni kita ada acara lain plak".Kami pun makan la secepat mungkin dan tibalah acara seterusnya.Setiap seorang perlu memberi ucapan atau kata-kata terakhir,kena berdiri la for sure.Bermula dengan Kak Atikah,asyik gelak2 je dia ni hehe..kemudian Kak Wahyu,Kak Khalilah,Kak Linda,Ummu,Kak Haneim,Kak Marni,aku,Kak Fasihah,Kak Solehah dan Kak Halimah.Aku sebenarnya terasa sebak namun aku tahan agar tiada air mata yang tumpah ketika itu kerana ia masih terlalu awal.Tiba giliran Kak Sol,aku dah mula air mataku bergenang,sebak sangat dengar apa yang Kak Sol cakap.Dengan nada suaranya yang menahan sebak,sedikit demi sedikit air mataku tumpah.Aku dah mula tidak mampu mengawal perasaanku,namun aku cuba berlagak tenang sedangkan hatiku sudah mula menangis.Air mataku benar-benar menitis apabila mendengar ucapan daripada pihak muslimin.Mereka yang selama ini nampak tenang,namun siapa sangka dalam hati ada taman.Nada suara dan cara mereka sudah cukup menggambarkan sebak didada.Bukan niatku menceritakan kelemahan mereka,bagiku air mata itu tumpah kerana kuatnya ukhuwwah antara kita.Aku dapat lihat sahabat2 muslimatku juga turut menangis,ditambah pula iringan muzik sedih ketika ucapan mereka.Tak lupa juga iringan nasyid doa perpisahan yang padaku turut menyumbang kepada tumpahnya air mata hikmat kami malam itu.

Ya Allah,aku tidak merasa sia-sia berhenti di sebuah persinggahan bernama MSU kerana apa yang aku dapat adalah lebih daripada apa yang aku harapkan.Aku terlalu sayangkan mereka dan setiap detik bersama mereka akan akan simpan di dalam ingatanku.Bersama setiap air mata yang jatuh ke bumi ini,aku titipkan doa buatmu sahabat2ku.Aku terlalu mengharap agar perpisahan ini hanya untuk sementara waktu kerana aku sudah tidak mampu menahan rindu kepada kalian semua.Meskipun ianya sukar,namun aku tetap berharap suatu hari nanti kita akan ditemukan semula dalam keadaan sama seperti dulu.Berjanjilah sahabat bahawa kita akan terus berjuang walau dimana pun kita dicampakkan,dan ingatlah kerana perjuangan inilah jiwa kita semua diikat dan bertaut utuh.Ya Allah,terima kasih kerana kurniakan aku sahabat2 seperti mereka,yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.

"Senyuman yang tersirat dibibirmu,menjadi ingatan setiap waktu"

~kerana Islam kita bertemu dan Islam juga kita berpisah~




Thursday, March 24, 2011

hari-hari yang bersisa di sini..

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar rasul Ulul 'Azmi Muhammad SAW dan para sahabat..Syukur padaNya kerana aku masih mampu bernafas sehingga ke saat ini,sehingga ke saat-saat akhir aku di bumi Shah Alam ini.Bagaikan tak percaya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan pergi meninggalkan MSU dan seisinya.

Mungkin pada sesetengah orang berpendapat,setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.Namun bagiku,setiap pertemuan yang tercipta itu memang diakhiri dengan perpisahan tapi takkan berakhir begitu sahaja.Aku tak sanggup memadam segala kenangan yang pernah aku cipta bersama sahabat-sahabatku disini begitu sahaja.Seboleh mungkin ingin aku ingat setiap detik indah bersama mereka,susah senang bersama,bergelak ketawa bersama.Sungguh indah dan ia takkan mungkin dapat ku cari dimana-mana.

Dahulunya aku melangkah masuk ke MSU dengan tangisan dalam pelukan ibu bapaku,namun kini aku akan melangkah pergi meninggalkan MSU dengan tangisan dalam pelukan sahabat-sahabat.Dahulunya aku yakin bahawa tiada apa yang mungkin dapat aku kenang sepanjang berada di MSU tapi sekarang baru aku tahu.Cukup banyak kenangan yang suka dan duka telah tercipta disini.Aku pasti akan merinduinya.

Aku bersyukur kepadaMu Tuhanku kerana telah pertemukan aku dengan insan-insan yang sefikrah denganku dan memahamiku sepanjang perjuangan aku di MSU ini.Mungkin mereka tidak sepanjang masa bersamaku namun banyak masaku telah dihabiskan bersama mereka dalam menggerakkan kerja-kerja Islam di bumi "university of choice" ini.Banyak yang aku pelajari daripada mereka yang berpengalaman dan matang.Perkara yang paling banyak mengajarku sepanjang berada dalam Persatuan Mahasiswa Islam MSU ini ialah untuk menggerakkan dakwah Islam di kampus IPTS ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Ianya pasti akan dihujani ujian dan cabaran daripada pelbagai sudut samada di pihak dalam mahupun luar.Mungkin mudah bagi yang bercakap namun bagi yang melaluinya akan tahu betapa sukar dan peritnya untuk melalui semua itu.Tapi apa yang paling penting apabila berada dalam persatuan yang semuanya mempunyai wehdatul fikr (kesatuan pemikiran) ini ialah sikap saling bantu membantu dan memberi sokongan padu dalam apa jua kerja.

Ahad ini (27 mac) malam akan ku bertolak ke bumi Shah Alam lagi setelah hampir seminggu bercuti di rumah untuk urusan pendaftaran latihan industri yang akan bermula pada 4 april ini.Selesai final semester exam tempoh hari,aku meluangkan masa selama 2 hari bersama sahabat-sahabat (Afifah,Kak Fasihah,Kak Solehah dan Kak Marni).Seronok sangat aku rasakan luangkan masa bersama mereka hingga terlupa bahawa tak lama lagi kami semua akan berpisah.Sengaja aku lupakan saat-saat itu,aku rasakan masih terlalu awal buatku ucapkan selamat tinggal kepada mereka.Aku tak sanggup!!!

Akhir kalam untuk kali ini,aku sangat berharap agar ikatan ukhuwwah antara kami tidak akan pernah putus meskipun berjuahan..Bak kata orang jauh di mata dekat dihati..Bersama-sama dengan post ini aku sertakan sekali maksud doa rabitah yang mengikut hati-hati kita insyaallah..


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…

berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu kerana mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

maka eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.

Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.



Wallahu'alam..