Sunday, April 10, 2011

Perpisahan yang menyakitkan..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku rasa aku tak mencoretkan apa-apa di blog kusam ini,hari ini aku terpanggil untuk berbuat demikian.Aku tak mampu menahan dari meluahkan segala isi hatiku kini,hanya blog ini sahaja peneman sepiku kala semua orang yang selalu aku meluahkan tiada di sisi.Aku sangat rindukan mereka,saat-saat indah yang ku luangkan bersama mereka dan semua kenangan pahit manis yang pernah kami lalui bersama.Semuanya cukup sukar aku padam walau ku tepis sekerap mana pun.Bukan niatku untuk melupakan mereka atau membuang memori bersama mereka,tapi untuk membuatkan aku lupa seketika terhadap semua kesedihan ini.Setiap kali kenangan bersama mereka menerjah fikiranku,setiap kali itu jugalah air mataku akan tumpah membasahi bumi.Aku sudah tidak sanggup lagi menangisi suratan takdir yang telah Dia tetapku buatku ini.Cukuplah tangisan yang aku alirkan ketika melangkah meninggalkan bumi Shah Alam tempoh hari.Peritnya aku rasakan tika kaki ini terpaksa menaiki bas meninggalkan mereka,terpaksa memberikan lambaian kepada mereka..perit,pedih,sakit dan terlalu sedih untuk aku gambarkan.Mungkin benar kata orang inilah rasanya ukhuwwah yang tercipta kerana Allah,kerana bekerja untuk Islam.

LAST MOMENT WITH THEM..
Aku datang ke Shah Alam setelah seminggu bercuti di negeriku Terengganu.Aku bertolak 27 Mac (Ahad) malam dan alhamdulillah selamat sampai di Shah Alam pada 6.30 pagi keesokan harinya.Walaupun agak kepenatan tetapi itu bukanlah penghalang buatku untuk bersiap awal kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan rasa rinduku pada sahabat2 ku.Dalam kegembiraan untuk bertemu mereka aku mendapat mesej yang mangatakan bahawa meeting dan jamuan yang dijadualkan pada hari tersebut ditunda atas alasan tertentu.Adoi,aku dah beli tiket balik ke Terengganu 29hb pagi.Memang pada asalnya niatku nak balik malam namun tiket tak ada,terpaksalah.Berita tersebut agak menyedihkanku kerana hajatku untuk bersama-sama mereka terakhir kalinya takkan mungkin tercapai.. :(

Satu lagi berita yang menyedihkan ialah,aku hanya mampu bertemu sahabatku Afifah buat seketika.Aku mengerti situasi dia,aku pun tahu kalau nak diikutkan hatinya dia mahu bersama-sama kami untuk dua atau tiga hari lagi.Namun apakan daya,kita hanya mampu merancang dan segala-galanya Dia yang tentukan.Aku sendiri pun sedih kerana xdapat bertemu mereka semua dalam keadaan serentak.Tapi Allah itu telah merencanakan sesuatu buatku.Sesuatu diluar dugaanku.Seseorang telah bermurah hati untuk membelikan aku tiket baru bagi membolehkan aku bersama-sama menyertai meeting dan jamuan itu.Aku bersyukur sangat walaupun pada awalnya aku dalam dilema.Aku runsing bagaimana caranya untuk aku sampaikan hal ini kepada umi dan abahku.Namun Allah telah permudahkan segala urusanku,Alhamdulillah.

Hati aku berdebar-debar mengahadiri meeting kali ini,sedangkan ia bukanlah meeting pertama yang aku hadiri.Mungkin perasaan ini menandakan inilah kali erakhir buatku menghadiri meeting PMI dan inilah perasaan pertama kali aku meeting ketika di awal penglibatanku dalam persatuan ini.Hairan aku rasakan,tiba-tiba rasa resah dan gelisah untuk membentangkan laporan aktiviti yang diketuai olehku.Ya Allah pelik tapi benar.Setelah aku kumpul segenap kekuatan,aku berjaya membentangkan semuanya dalam keadaan yang ringkas tapi padat kerana kesuntukan masa,Alhamdulillah.

Selesai meeting,kami bergerak ke tempat jamuan yang pada asalnya dirahsiakan.Agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa kami akan makan di sebuah restoran steamboat yang agak jauh,aku sangkakan dekat2 je.Dalam perjalanan ke sana,aku bersama Ummu,Kak Fasihah,Kak Wahyu dan pemilik kereta Kak Halimah bergerak sekali dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Abang Bob.Dalam kereta kami banyak menghabiskan masa dengan bersembang-sembang,ambik gambar.. :D Setibanya di Flaming Steamboat Restaurant,kami diminta naik ke tingkat atas dimana terdapat sebuah bilik yang telah ditempah khas.Inilah kali pertama bagiku makan di restoran steamboat,huhu.Setelah menjamah makanan dan minuman disitu,aku boleh bagi kesimpulan yang aku bukan penggemar steamboat.Walaupun aku lapar masa tu,aku hanya mampu makan sikit je.Membazir je bayar rm25 (even im not pay for whole price :D)Aku lebih banyak makan ais krim je,sebab tu memang feveret aku..

Tengah-tengah syok makan,tiba-tiba ada pengumuman mengatakan, "kita ada masa 20 minit lagi untuk makan,lepas ni kita ada acara lain plak".Kami pun makan la secepat mungkin dan tibalah acara seterusnya.Setiap seorang perlu memberi ucapan atau kata-kata terakhir,kena berdiri la for sure.Bermula dengan Kak Atikah,asyik gelak2 je dia ni hehe..kemudian Kak Wahyu,Kak Khalilah,Kak Linda,Ummu,Kak Haneim,Kak Marni,aku,Kak Fasihah,Kak Solehah dan Kak Halimah.Aku sebenarnya terasa sebak namun aku tahan agar tiada air mata yang tumpah ketika itu kerana ia masih terlalu awal.Tiba giliran Kak Sol,aku dah mula air mataku bergenang,sebak sangat dengar apa yang Kak Sol cakap.Dengan nada suaranya yang menahan sebak,sedikit demi sedikit air mataku tumpah.Aku dah mula tidak mampu mengawal perasaanku,namun aku cuba berlagak tenang sedangkan hatiku sudah mula menangis.Air mataku benar-benar menitis apabila mendengar ucapan daripada pihak muslimin.Mereka yang selama ini nampak tenang,namun siapa sangka dalam hati ada taman.Nada suara dan cara mereka sudah cukup menggambarkan sebak didada.Bukan niatku menceritakan kelemahan mereka,bagiku air mata itu tumpah kerana kuatnya ukhuwwah antara kita.Aku dapat lihat sahabat2 muslimatku juga turut menangis,ditambah pula iringan muzik sedih ketika ucapan mereka.Tak lupa juga iringan nasyid doa perpisahan yang padaku turut menyumbang kepada tumpahnya air mata hikmat kami malam itu.

Ya Allah,aku tidak merasa sia-sia berhenti di sebuah persinggahan bernama MSU kerana apa yang aku dapat adalah lebih daripada apa yang aku harapkan.Aku terlalu sayangkan mereka dan setiap detik bersama mereka akan akan simpan di dalam ingatanku.Bersama setiap air mata yang jatuh ke bumi ini,aku titipkan doa buatmu sahabat2ku.Aku terlalu mengharap agar perpisahan ini hanya untuk sementara waktu kerana aku sudah tidak mampu menahan rindu kepada kalian semua.Meskipun ianya sukar,namun aku tetap berharap suatu hari nanti kita akan ditemukan semula dalam keadaan sama seperti dulu.Berjanjilah sahabat bahawa kita akan terus berjuang walau dimana pun kita dicampakkan,dan ingatlah kerana perjuangan inilah jiwa kita semua diikat dan bertaut utuh.Ya Allah,terima kasih kerana kurniakan aku sahabat2 seperti mereka,yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.

"Senyuman yang tersirat dibibirmu,menjadi ingatan setiap waktu"

~kerana Islam kita bertemu dan Islam juga kita berpisah~