Tuesday, October 19, 2010

ukhuwwah itu dihati..

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah,Muhammad SAW,ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.Alhamdulillah aku masih lagi bernafas dan menikmati segala nikmat kurnianNya yang terhitung oleh jari jemariku ini.Saat aku mencoretkan semua bait kata-kata ini,aku telah tamat semester 3 bagi diplomaku dan telah selamat sampai di kediamanku di Terengganu.

Tujuan sebenar aku menaip hari ini sekadar ingin menghilangkan rasa bosan menatap skrin laptopku ini setelah berjam-jam menaip kerja-kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan dengan segera.Ingat cuti-cuti tak de kerja ke,ish silap tu!!waktu cuti la tanggungjawab semakin banyak sebenarnya.xpercaya?TOLONGLA PERCAYA!! :)

Berkenaan tajuk post kali ini,"UKHUWWAH ITU DIHATI"..Entah mengapa tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk menulis mengenainya.Mungkin kerana perasaan rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan itu dah semakin menebal.Aku harap apa yang aku coretkan ini dapat hilangkan sedikit perasaan itu,InsyaAllah..

Aku tahu mesti semua orang dah masak dengan perkataan ini,kan? Setiap manusia yang hidup di bumi ini memerlukan kawan,teman,sahabat atau rakan.Bohonglah jika ada yang cakap "aku boleh hidupla tanpa kawan!!".Pada aku,semua itu hanyalah kata-kata yang meniti dibibir namun hakikat sebenar manusia memang memerlukan antara satu sama lain.Dalam hadith Nabi dan firman Allah dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai ukhuwwah.Namun dalam berukhuwwah ini,tentunya banyak rintangan yang akan datang melanda.Mungkin aku ini bukanlah seorang yang begitu banyak pengalaman dalam berukhuwwah tapi aku pernah merasai semua itu.Ada pahit,ada manis.Cukup rasala kata orang.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat : 10
" Sesungguhnya orang-orang Mu'min itu bersaudara ".




Firman Allah dalam Surah Ali Imran : 103
“ Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara.”


Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ".


Mengimbau dari lembaran sejarah

Diantara perkara terawal yang dilakukan oleh Ar-Rasul setelah peristiwa hijrah ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, sementara beberapa bangsa Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan kafilah telah juga bersatu dalam ikatan ukhuwwah tersebut. Mereka diikat diatas tunjang kekuatan aqidah Islam yang kukuh. Ia merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketaqwaan. Sesungguhnya tidak akan ada ukhuwwah tanpa iman dan taqwa dan begitu juga sebaliknya. Ukhuwwah tanpa iman dan taqwa tidak akan dapat bertahan dengan baik, lantaran persaudaraan yang terbina tanpa iman dan taqwa akan dihancurkan oleh kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok tertentu, prasangka isi hati, hasad dengki dan sebagainya.

Dengannya terjelma perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama mereka. Semuanya terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini lahir keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya.

Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah riwayat At-Tirmidzi dari Abu Hurairah

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim lainnya. Dia tidak menganiaya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi pula keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan dan seorang Muslim suatu kesulitan, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dan kesulitan-kesulitan yang dihadapinya di hari kemudian. Barangsiapa yang menutup aibnya di hari kemudian”.

Kelebihan-kelebihan & nikmat Ukhuwwah

Bagi mereka yang menghayati ukhuwwah dengan ikhlas, dijanjikan berbagai kelebihan dan nikmat, antaranya;

1. Merasai manisnya iman

Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api”.

2. Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi

Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim
“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT". Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.

3. Pengampunan dosa

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tabrani
“ Sesunguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa merekka berdua, meski sebanyak buih di laut.”

4. Pengurniaan wajah bercahaya

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud
"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada', tetapi para Nabi dan Syuhada' mengingini keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka? " Rasulullah S.A.W menjawab : " Mereka adalah satu kaum yang cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tanpa hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita ketika orang lain berduka cita ".

5. Berada di bawah naungan Arasy
Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim:
“ Sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencinntai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.

6. Mendapat syurga dan keredhaanNya

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tirmizi
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.


Jika begitu menakjubkannya ukhuwwah, kenapa tidak kita usahakan ia sesungguhnya dan seikhlasnya....?



wallahu'alam..

Saturday, October 9, 2010

mengapa wanita memerlukan lelaki?

assalamualaikum..

post kali aku petik dari website terkenal www.iluvislam.com.. smoga artikel ini memberi manfaat dan kefahaman kepada kita terutama kaum hawa.jangan menolak kehadiran lelaki dalam hidup kita kerana telah Allah jadikan manusia itu berpasang-pasangan seperti dalam firman Allah:

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjdaikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan. Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikuarangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesunggguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah" (Q.S Al-Fathir [35]:11)

selamat membaca.. :)

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Thursday, October 7, 2010

Maher Zain fever..

Assalamualaikum..

Post kali ini sekadar perkongsian suka-suka dan untuk hiburan bersama.hayatilah lirik lagu ini sebaiknya.. Insha Allah by Maher Zain.. my favourite singer.. :)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

kullu nafsin zaiqatul maut..

Assalamualaikum..

segala pujian bagiNya Tuhan pencipta sekalian alam dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat.setelah sekian lama aku menyepi tanpa berita,kini aku kembali menemuimu wahai blog ku.maaf kerana telah jarang menjengukmu kebelakangan ini.bukan kerana telah melupakanmu tapi kerana kekangan masa menghalang aku berbuat demikian.aku mempunyai banyak komitmen kini(cewaahh,bunyi lain macam je kan?.. hehe)

selama aku menyepikan diri tanpa sebarang catatan dan coretan,telah berlaku perkara yang diluar jangkaanku.tanggal 4 september 2010, seminggu sebelum aidilfitri tiba,seorang daripada kami telah dipanggil menghadap Illahi.dialah insan yang bergelar atuk (mahmud bin sudin).walaupun aku bukanlah antara cucunya yang rapat,namun pemergiannya turut aku rasai memandangkan hanya dialah satu-satunya datuk yang aku ada setelah pemergian arwah tokki ketika aku masih lagi tidak mengerti apa-apa.

apa yang membuatkan aku berasa sedih,sebulan sebelum pemergiannya kami ada berjumpa setelah hampir beberapa bulan tidak bertemu.pertemuan kami pun sebenarnya ingin menziarahi pusara arwah atuk saudara dan pak saudara (adik kepada arwah atuk dan anak saudaranya).tidak aku sangka itulah pertemuan akhir kami dan pada hari kematiannya aku tidak dapat pulang ke terengganu memandangkan keesokan harinya ada presentation subject biochemistry.aku telah cuba meminta agar menunda ke hari lain atau selepas hari raya namun my lecturer cannot understand my situation that time.very upset.namun apa yang membuatkan aku berasa syukur kerana arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan begitu mudah.arwah meninggal dunia pada jam 4 pagi hari jumaat di rumahnya dalam keadaan tidur.Allahuakbar.. begitu mudah Engkau mengambilnya,bagaimana pula dengan kami yang masih lagi bernafas ini? ya Allah,permudahkanlah urusan kematian kami. matikanlah kami dalam keadaan husnu khotimah. Aamin..

satu perkara yang mungkin dapat aku kongsikan bersama kalian semua mungkin antara sebab mengapa arwah begitu mudah menghembuskan nafasnya.sepanjang hayatnya,arwah seorang yang pendiam,bercakap hanya pada perkara yang perlu dan tidak gemar bercakap mengenai peribadi orang lain.arwah lebih gemar menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya atau membaca akhbar.selebihnya arwah hanya mendiamkan diri.subhanAllah,mungkin itulah antara sebabnya.bukan mudah untuk dimatikan pada bulan penuh keberkatan Ramadhan dan pada hari jumaat pula.ya Allah tempatkanlah arwah atukku bersama orang-orang yang bertaqwa padaMu.begitu juga dengan arwah tok(nenek,jah bin mohamad) yang telah mengadapMu pada 16 disember 2008, arwah emak saudara dan bapa saudara yang masing-masing telah meninggal dunia pada tahun 2003 dan 2004.

sesungguhnya ajal dan maut semuanya terletak ditanganMu ya Allah.semua itu hanya dalam pengetahuanMu dan akan menjadi rahsia sehingga ajal itu sendiri datang bertandang kepada kita.persoalannya,adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk bertemuNya?adakah semua amalan kita sudah cukup untuk memastikan kita ditempatkan di syurgaNya? wallahualam. tepuk dada tanyalah iman yang ada. aku sendiri pun tak mampu untuk menjawab persoalan itu,diri ini penuh dengan dosa dan noda.aku selalu leka terhadapMu ya Allah.lalai dalam menunaikan tanggungjwabku sebagai muslim yang mukmin.ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku,ampunkanlah dosa-dosa orang disekelilingku. Aamin..

"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"



wallahualam..